MAJLIS PERASMIAN UJANA TENAGA
- Super User
- Acara Terkini
Satu lagi detik bersejarah tercipta di Kompleks Muzium Negeri Terengganu menerusi Majlis Perasmian UJANA TENAGA yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu di Dewan Mandalika.
Β
UJANA TENAGA hadir sebagai wajah baharu daripada Galeri Petroleum, sebuah transformasi yang membawa pengalaman lebih segar, moden dan interaktif dalam memperkenalkan dunia tenaga kepada masyarakat.
Β
Berinspirasikan evolusi ilmu, inovasi dan teknologi, galeri ini dibangunkan sebagai ruang yang bukan sahaja mendidik, malah memberi pengalaman lebih imersif kepada pengunjung untuk memahami perkembangan industri tenaga serta peranannya terhadap pembangunan negeri dan masa hadapan.
Β
Selepas majlis perasmian berlangsung, KDYMM Pemangku Raja Terengganu turut berkenan melawat Galeri UJANA TENAGA bagi meninjau sendiri ruang pameran yang menampilkan elemen interaktif, pendidikan dan kelestarian.
Β
Transformasi ini melambangkan komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan, menyemai inspirasi serta mendekatkan masyarakat dengan evolusi dunia tenaga dalam suasana yang lebih kontemporari dan bermakna.
Β
Β MAJLIS PERASMIAN PAMERAN βI LOVE SUSHIβ
Β
Majlis Perasmian Pameran βI Love Sushiβ telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Januari 2026 bertempat di Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu.
Β
Pameran ini dirasmikan oleh YBhg. Datoβ Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Ahli Lembaga Muzium Negeri Terengganu, dengan disaksikan oleh tetamu kehormat, wakil jabatan kerajaan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam.
Β
Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan diikuti acara perasmian yang turut diserikan dengan ucapan khas oleh Mr. MACHIDA Shinya, Consul-General of Japan in Penang.
Β
Seterusnya, simbolik pelepasan ikan koi telah diadakan sebagai lambang keharmonian, kesejahteraan dan hubungan budaya antara Malaysia dan Jepun.
Β
Selesai perasmian, para tetamu dibawa melawat galeri pameran βI Love Sushiβ yang menampilkan sejarah sushi, kepelbagaian jenis sushi, bahan-bahan pembuatan serta nilai seni dan budaya dalam tradisi kulinari Jepun.
Β
Pengunjung pada hari perasmian ini turut disajikan dengan hidangan sushi serta kuih-muih tradisional Melayu, mencerminkan perpaduan budaya melalui gastronomi.
Β
Pameran βI Love Sushiβ berlangsung dari 15 Januari hingga 22 Februari 2026, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan orang ramai dijemput hadir untuk menikmati pengalaman unik yang menggabungkan seni, budaya dan makanan antarabangsa di Muzium Negeri Terengganu.
Β
Β
Β
Β
Pameran I Love Sushi mengajak pengunjung mendekati sushi dengan cara yang lebih dekat dan bermakna,Β
bukan sekadar sebagai hidangan popular, tetapi sebagai sebuah kisah panjang yang merentas sejarah, budaya dan kreativiti manusia.
Β
Bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu dan dengan kerjasama The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL), pameran ini akan berlangsung dari 15 Januari hingga 22 Februari 2026.
Β
Sushi sering dikenali sebagai makanan Jepun yang ringkas dan comel. Namun di sebalik setiap suapan, tersimpan perjalanan sejarah yang kaya dan berlapis.
Β
Daripada nare-zushi yang diperam sepenuhnya sehinggalah kepada nigiri-zushi yang muncul pada era Edo, evolusi sushi mencerminkan perubahan cara hidup masyarakat Jepun, termasuk falsafah mottainai, menghargai setiap sumber tanpa pembaziran.
Β
Melalui paparan visual yang memikat, bahan pameran interaktif serta pengalaman simulasi suasana kedai sushi, pengunjung akan dapat merasai sendiri seni ketelitian, keseimbangan rasa dan inovasi yang membentuk sushi seperti yang kita kenali hari ini.
Β
Setiap ruang pameran direka agar mudah difahami dan dinikmati oleh semua, sama ada pencinta sushi mahupun mereka yang baru pertama kali mengenalinya.
Β
Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara, sushi terus berkembang sebagai simbol budaya Jepun yang diraikan di seluruh dunia.
Β
Disokong dengan pelbagai program sampingan seperti demonstrasi dan sesi perkongsian, Pameran I Love Sushi menjemput semua untuk menikmati sushi bukan hanya sebagai makanan, tetapi sebagai sebuah pengalaman budaya yang hidup, mendalam dan penuh makna.
Majlis Perasmian Pameran Wajah Seni Warisan Malaysia oleh Tokoh Pelukis Negara
- Super User
- Acara Terkini
Sekitar Majlis PerasmianΒ Pameran Wajah Seni Warisan Malaysia oleh Tokoh Pelukis Negara, Ismail Embong @ Maembong dan anak-anak pada hari ini.
Β
Majlis telah dirasmikan oleh YB. Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu.
Β
Juga sekitar program β JupeMateβ bersama Chacha dan Emma Maembong pada 1 November 2025 di Galeri Seni, Muzium Negeri Terengganu.
Hari pertama pembukaan Pameran Wajah Seni Warisan Malaysia di Galeri Seni, Muzium Negeri Terengganu.
Β
Pengarah, Tuan Haji Mohd Iskandar telah dibawa melawat sambil diberi penerangan ringkas oleh pempamer iaitu Ismail Embong @ Maembong pada hari pertama pameran ini.
Β
Pameran ini akan berlangsung dari 15 Oktober hingga 15 November 2025 dan akan diserikan dengan pelbagai program bersama pempamer dan anak-anaknya.







