09-632 1200

KOTA LAMA DUYONG

Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Kota ini dikenali sebagai Kota Tok Hakim, telah dibina oleh Dato’ Biji Sura (Nik Mohamad bin Hitam) pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920. Ia dijadikan sebagai tempat belajar agama dan mengaji Al-Quran oleh penduduk sekitarnya.

Kota Lama Duyong adalah antara tinggalan sejarah senibina yang cukup istimewa bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Kaedah pembinaannya cukup unik serta kaya dengan seni ukir yang menarik.

Kota yang diperbuat daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya ini dibina di atas tanah berkeluasan lebih kurang 400 meter persegi. Ianya mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang saling bersambungan dengan dapur, bilik mandi, surung, beranda dan titian. Rekabentuknya mirip istana kecil raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan jalinan unsur-unsur pengaruh senibinaΒ  asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu.

Bangunan (rumah) ini memperlihatkan gabungan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Limas Bungkus dan Limas Belanda dengan hiasan ukiran sobek di sekeliling beranda. Kota ini tegak dengan sentuhan tukang Melayu Tempatan dan tukang cina dari Singapura.

Menyedari betapa pentingnya monumen ini kepada generasi akan datang, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil inisiatif membina semula kota yang terbiar dan rosak teruk akibat dilanda air deras ketika banjir tahun 1986. Ia mula dibuka untuk tatapan umum sejak 2005 lagi.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 23Β Jun 2024 - 12.34 Tengahari
Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search