09-632 1200

Acara Terkini

Previous Next

SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN 2026 MANUSKRIP MELAYU & KALIGRAFI ISLAM dengan penuh jayanya.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Alhamdulillah, tirai telah melabuhkan SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN 2026: MANUSKRIP MELAYU & KALIGRAFI ISLAM dengan penuh jayanya.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada 12 orang pembentang yang telah mencurahkan ilmu, berkongsi kepakaran, hasil penyelidikan serta pengalaman berharga dalam bidang manuskrip Melayu dan kaligrafi Islam.

 

Setiap pembentangan telah membuka ruang perbincangan ilmiah yang bermakna serta memperkayakan pemahaman para peserta terhadap khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai.

 

Seminar ini turut memberikan manfaat yang besar kepada para peserta melalui perkongsian ilmu, pertukaran pandangan dan wacana yang mampu menyemarakkan lagi minat terhadap usaha pemeliharaan, pendokumentasian serta penghayatan warisan intelektual Melayu dan seni kaligrafi Islam.

 

Muzium Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembentang, peserta serta semua pihak yang telah menjayakan seminar ini.

 

Besar harapan kami agar usaha yang dilaksanakan ini menjadi pemangkin kepada pengembangan ilmu, penyelidikan dan kesedaran masyarakat dalam memartabatkan manuskrip Melayu serta seni kaligrafi Islam sebagai warisan yang perlu terus dipelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.

 

Semoga segala usaha yang kecil ini mampu menjadi penyumbang kepada kelestarian warisan bangsa, agar manuskrip Melayu dan kaligrafi Islam terus mekar, subur dan lestari sepanjang zaman.

 

Terima kasih atas sokongan semua. Jumpa lagi dalam program ilmiah yang akan datang.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 4 Feb 2025 - 2.30 Petang
Hakcipta Terpelihara © 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search