09-632 1200

TAPAK ARKEOLOGI GUA BEWAH

Gua Bewah, sebuah gua batu kapur yang terletak di Gunung Bewah dalam Tasik Kenyir dan merupakan gua kedua selepas Gua Tuk Bidan yang telah tenggelam akibat pembinaan Empangan Kenyir. Gua yang berada di dalam tasik seluas 2590 km atau 260,000 hektar ini banyak menyimpan khazanah prasejarah zaman Hoabinhian. Di dalam gua ini manusia prasejarah telah mendiaminya sekitar 13,400 tahun dahulu berdasar kepada pentarikhan radiokarbon dalam tahun 2010. Penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Muzium Negeri Terengganu menemukan banyak peralatan batu zaman Hoabinhian seperti batu pelandas, batu pengetuk, batu tarahan, serpihan tembikar dan sisa makanan.

Menilai dari segi kronologi masa terbukti di Terengganu manusia zaman Hoabinhian mendahului manusia zaman Hobinhian yang tinggal di gua-gua batu kapur lain di Semenanjung Malysia. Di Gua Kecil, Kota Balai dan Gua Sagu di Pahang penempatan mereka sekitar 11,000 tahun dahulu dan Gua Cha, Kelantan sekitar 10,000 tahun dahulu.

Penyelidikan arkeologi yang dibuat menunjukan bahawa penempatan awal manusia prasejarah bermula di Gua Bewah bermula dari zaman prasejarah Hoabinhian atau Mesolitik hingga ke zaman Neolitik. Selain dari itu terdapat juga Kajian yang dibuat oleh Jabatan Geosains Terengganu mendapati Gunung Bewah amat kaya dengan fosil yang pelbagai jenis terutamanya fosil bivalvia aneh Alatochonchidea, satu-satunya yang terdapat di Asia Tenggara dan antara yang ketujuh di dunia. Sebelum ini terdapat spesis lipas gua yang tidak ditemui di kawasan lain selain daripada Gua Bewah. Kedua-dua sepsis ini boleh menjadi daya tarikan yang kuat kepada orang ramai untuk melihatnya khusus pelancong luarnegara.

Gua Bewah, sebuah gua yang terletak di Gunung Bewah dalam kawasan Tasik Kenyir dan mempunyai keluasan kira-kira 2,590 km. Di dalam gua ini pernah menjadi tempat perlindungan dan kediaman di kalangan manusia pra sejarah yang mengamalkan kehidupan primitif seperti memburu.

Kawasannya merupakan laluan utama penduduk zaman silam berulang alik dari Terengganu ke Kelantan dan dari Pahang ke Terengganu menerusi Sepia atau Sat/ Tembeling. Dalam tahun 1956, R.O.D Noone, bekas Penasihat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Tanah Melayu dan Pengarah Muzium Negara pernah bermalam di kawasan ini dalam lawatan beliau ke kawasan pedalaman telah melaporkan bahawa beliau telah menemui beberapa peralatan batu yang cantik dan dipercayai pernah digunakan oleh manusia pra sejarah Zaman Batu Neolitik ( 3,000 hingga 800 S.M).

Beberapa penyelidikan dilakukan oleh pihak Jabatan Muzium Negara dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun 1975 telah menemukan tinggalan artifak-artifak bersejarah seperti kapak batu, penggorek api, beliung batu, serpihan tembikar dan banyak lagi. Selain daripada itu mereka menjumpai rangka manusia zaman purba ( zaman Neolitik) hasil kerja-kerja penggalian di muka pintu Gua Tuk Bidan.

Penggalian seterusnya dijalankan pada tahun 1996 oleh Jabatan Muzium dan Antiquiti dengan kerjasama pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Setelah itu Kerja-kerja penggalian telah diteruskan pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Ianya dijalankan dengan kerjasamaΒ  ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Kerja-kerja penyelidikan akan ini akan dijalankan pada masa hadapan demi merungkai lebih banyak sejarah di kawasan ini.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 24 AprilΒ 2024 - 12.55Β Tengahari
Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search