09-632 1200

MEMORIAL BATU BERSURAT

Memorial Batu Bersurat dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Batu bersurat merupakan satu bukti bertulis tentang pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi bagi Negeri Terengganu malahan di Semenanjung Malaysia.

Memandangkan tempat ini merupakan tapak yang begitu penting dalam persejarahan negeri dan negara adalah wajar ianya dibangunkan dan dijadikan sebagai satu tempat kajian dan kunjungan penduduk negeri ini khasnya dan pelancong-pelancong amnya.

Adalah diharapkan dengan adanya Memorial ini lebih ramai pengkaji-pengkaji, peminat-peminat sejarah dan pelancong-pelancong akan berkunjung ke sini untuk melihat keadaan persekitaran tempat yang penting ini, disamping dapat membaca keterangan dan kenyataan yang terkandung pada Batu Bersurat.

Β 

Memorial Batu Bersurat direkabentuk empat segi sama seluas 11400 cm x 11400 cm dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu. Bahan binaannya terdiri daripada batu granite biasa dan granite hitam.

Memorial ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 13 April 1992.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 23Β Jun 2024 - 12.34 Tengahari
Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search