09-632 1200

Rentetan Sejarah Penubuhan

RENTETAN SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Institusi muzium di Malaysia merupakan satu fenomena baru yang begitu asing bagi masyarakat negara ini sehinggalah selepas pertengahan abad ke 20. Tahap kesedaran orang ramai malah pimpinan negara sendiri begitu tertumpu kepada pembangunan fizikal dan pengiktirafan ekonomi masyarakat. Justeru itu, idea-idea untuk pemuliharaan dan penjagaan tinggalan warisan sejarah dan budaya biarpun ada tetapi masih terlalu tersisih.

Namun begitu, kestabilan ekonomi dan politik yang berterusan mula membuka ruang kepada cetusan-cetusan idea pembangunan sosial dijelmakan kepada realiti. Situasi ini turut mewarnai rentetan peristiwa yang berlaku sehingga tertubuhnya Lembaga Muzium Negeri Terengganu pada tahun 1976.

Peristiwa penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masehi oleh Sayyid Hussein Ghulam Al Bukhari pada 1902 di Kuala Berang menjadi titik permulaan penubuhan Muzium Negeri Terengganu. Ketiadaan tempat yang sesuai untuk menyimpan bahan warisan itu menyebabkan batu bersejarah ini terpaksa berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Keadaan ini telah membuka mata pemimpin negeri dan pencinta sejarah bahawa negeri ini memerlukan sebuah tempat yang sesuai (muzium) untuk menyimpan bahan warisan. Bagaimanapun kesedaran ini gagal diterjemahkan kepada praktikal melainkan sekadar impian sahaja.

Kedaifan ini semakin terserlah apabila Al Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu ke 13) terpaksa memperkenankan permohonan Penasihat British agar Batu Bersurat dipinjamkan ke Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Langkah ini diambil bagi menjaga keselamatan artifak warisan itu. Malah surat permohonan Penasihat British kepada Y.A.B Menteri Besar turut memberi jaminan batu berkenaan boleh diambil kembali. Antara lain kandungan surat berkenaan menyebut :-

`Maka apabila diadakan Muzium di dalam Negeri Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya’

Peristiwa itu telah membuakkan semangat pimpinan negeri untuk mempunyai muzium sendiri. Berikutan itu, pada 1955 Y.A.B Menteri Besar, Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Idris telah menubuhkan satu jawatankuasa bertujuan mengumpulkan khazanah warisan dan menubuhkan Muzium Negeri. Bagaimanapun, perjalanan jawatankuasa ini kurang berkesan kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, usaha ini belum sampai ke titik noktah. Kecenderungan untuk memilikki muzium sendiri menjadi matlamat akhir. Justeru itu, pada 3 Februari 1974, sebuah lagi jawatankuasa dibentuk bagi menguruskan hal ehwal penubuhan Muzim Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wira Jaya Dato’ (Che Wan Khalid bin Nong).

Hasil usaha jawatankuasa ini serta sokongan padu daripada Kerajaan Negeri, hasrat penubuhan muzium telahΒ  tercapai apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu Bil. 9/1976 setelah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri pada 28 September 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 28 Januari 2024 - 4.20 petang

Β 

Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search