09-632 1200

Latar Belakang Agensi

Latar Belakang Agensi

Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu (Enakmen Bil.9 Tahun 1976) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 28 Disember 1976 dan berkuatkuasa pada 1 November 1977. Matlamat utama penubuhan institusi ini adalah untuk memartabatkan Warisan Budaya negeri melalui aktiviti pemuziuman iaitu Mengumpul, Memulihara, Menyelamat, Menyelidik dan Menyebarkan Maklumat.

Bermula di Bukit Che Long, Kuala Terengganu dengan menumpang di satu sudut bekas bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Muzium Negeri mula mengembangkan sayap ke Bukit Losong di atas tapak seluas 27 hektar (terkini 23 hektar). Lokasi baru ini dikenali sebagai Kompleks Muzium Negeri, Bukit Losong telah dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah, Sultan Terengganu ke 15 pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijjah 1416.
 
Kompleks Muzium Negeri merangkumi tiga (3) komponen utama iaitu Bangunan Utama, Kawasan Taman dan Muzium Maritim. Bangunan Utama bercirikan binaan rumah tradisional Melayu Terengganu memiliki keluasan lantai 75,075 meter persegi meliputi empat (4) blok yang menempatkan ruang pejabat, bilik repositori, makmal, bilik mesyuarat, galeri pameran dan lain-lain lagi.

Kawasan taman pula memiliki keistimewaan tersendiri dengan terdapatnya lima (5) buah rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Rumah Tele, Istana Tengku long, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berkembar dan Rumah Bujang Berserambi Berselasar. Kesemua rumah ini adalah asli yang dipindahkan ke taman ini.

Selain itu, di taman ini juga terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Herba yang ditanam dengan berbagai jenis herba tradisional Melayu Terengganu. Muzium Maritim di Bukit Losong pula adalah yang pertama di negara ini. Kawasan ini mempamerkan koleksi perahu-perahu tradisonal Terengganu secara terbuka termasuk dua (2) buah Perahu Besar lambang kehebatan masyarakat negeri ini dalam industri pembuatan perahu dan ilmu kelautan.

Di samping itu Muzium Negeri juga mempunyai premis-premis lain di luar kompleks iaitu, Muzium Daerah Dungun, Muzium Daerah Kemaman, Kota Lama Duyong, Rumah Warisan Haji Su (Losong), Bukit Puteri (kuala Terengganu) Memorial Batu Bersurat (Hulu Terengganu) dan Istana Tengku Anjang (Besut).
Client 1
Client 2
Client 3
Client 4
Client 4
Client 4

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 28 Januari 2024 - 4.20 petang

 

Hakcipta Terpelihara © 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search