09-632 1200

RUMAH WARISAN HAJI SU

Rumah Warisan Haji Su memiliki seni bina berciri senibina Melayu dengan gabungan dua ciri senibina iaitu Rumah Bujang Berpeleh dan juga Rumah Limas Belanda atau Potong Belanda.

Keunikan seni bina dan kepentingan sejarah tempatan menjadi tarikan kepada Lembaga Muzium Negeri Terengganu untuk memulihara rumah agam ini. Ia juga berupaya menarik pelancong asing untuk datang berkunjung ke Terengganu bagi yang melihat sendiri nilai warisan yang terdapat pada seni bina bangunan lama ini.

Rumah Warisan ini dibina di Kampung Losong Haji Su di atas tiga lot tanah bernombor 224, 1491 dan lot 1781 yang mempunyai keluasan 0.8 hektar. Pemilik asal rumah ini ialah Su Mohammed Salleh bin Haji Mohamad atau lebih dikenali dengan Haji Su.

Pada tahun 2008, Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Negeri Terengganu bagi mengambil alih rumah agam ini. Setelah mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Terengganu, pada tahun 2010 bangunan ini berjaya diambil alih dengan kos 3.2 juta termasuk kos tanah dan mengekalkan bersama ilmu mengenai pertukangan senibina Melayu yang melambangkan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya.

Pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pemuliharaan melalui kaedah konservasi. Kerja-kerja awalan telah bermula pada tahun 2012, manakala kerja pemuliharaan mula dijalankan pada tahun 2014 dan siap serta diserahkan secara rasminya pada 6 April 2016. Rumah Warisan Haji Su dibuka untuk kunjungan pelawat bermula 1 Jun 2016.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 23 Jun 2024 - 12.34 Tengahari
Hakcipta Terpelihara © 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search