Pasar Karat 2024
- Super User
- Acara Terkini
Pasar karat 2024 akan berlangsung pada sepanjang cuti sekolah .Bermula pada 25 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024.
Bertempat di Perkarangan Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Antara jualan yang di adakan adalah , Jualan Barangan Antik, Buku Karat, Barangan kraftangan ,Barangan Bundle, Makanan Tradisi , Jualan Kopi dan Jualan Rahmah Madani.
Terdapat juga aktiviti sampingan sepanjang berlangsungnya Pasar Karat seperti Pertandingan Ayam Serama ,Pertandingan Bonsai ,Santai Moto Klasik dan pelbagai lagi..
Pakat mari blake seme ke Pasar karat 2024 .......
DAULAT TUANKU
- Super User
- Acara Terkini
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ke 62 pada 26 April 2024 bersamaan 17 ASyawal 1445H.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Keabawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.
Sekitar majlis perasmian Pameran Seni, Visual & Puisi Perjuangan : Solidariti Palestin dan juga pelancaran Kalendar Aktiviti Jabatan 2024 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim Terengganu di Dewan Batu Bersurat pada pagi 29 Februari 2024.
Majlis diserikan lagi dengan bacaan puisi dan juga kehadiran ahli Pelukis Terengganu ( PeTer ) dan juga PELITA.
Terima kasih kepada YB Datuk dan juga hadirin yang memeriahkan suasana.
Sekitar Majlis Perasmian Pameran Gastronomi Alam Melayu : Dapo Mok Kiter & Seminar Kearifan Tempatan di Serambi Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Majlis disempurnakan oleh YB Ustaz Sulaiman Sulong. Terima kasih pada rakan-rakan wartawan dan juga hadirin yang hadir memeriahkan majlis.
Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
- Super User
- Acara Terkini
DAULAT TUANKU
Menjunjung Duli Setinggi-Tinggi Tahniah.
Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Daripada Pengarah dan juga kakitangan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Daulat Tuanku.







