Majlis Perasmian Pameran Islamiah Melayuwiyah
- Super User
- Acara Terkini
Pameran Islamiah MelayuWiyah telah dirasmikan pada 11 November 2026 oleh YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu, bertempat di Serambi Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Mengangkat tema “Tamadun Berdaulat, Kanun Bersyariat”, pameran ini mengetengahkan perjalanan sejarah, perkembangan Islam serta pembentukan identiti dan tamadun Melayu di Terengganu.
Orang ramai dijemput hadir untuk menghayati khazanah sejarah dan warisan Islam negeri yang dipamerkan sehingga 11 Disember 2027.
Sejarah Dihayati, Warisan Dihargai.






