09-632 1200

Berita Semasa

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Tok Kaya mengamuk habis orang dibunuhnya,

Api pecah gedung habis ranap dimakannya,

 

Bagaimana kesudahannya?..

 

Saksikan, jangan lepaskan peluang buat julung kalinya Muzium Negeri Terengganu bekerjasama dengan Kumpulan Teater Asyik mempersembahkan

 

TEATER MUZIKAL DIRAJA KARYA AGUNG

TAWARIKH SULTAN ZAINAL ABIDIN III

 

12 & 13 OKTOBER 2026

9 Malam

Dewan Kenangan, Terengganu Equestrian Resort ( TER ), Kuala Ibai.

 

MASUK PERCUMA

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Sebuah kisah agung tentang kepimpinan, kesetiaan, fitnah, pengorbanan dan perjuangan mempertahankan maruah serta kedaulatan Terengganu.

 

Baginda Sultan Zainal Abidin III menaiki takhta pada usia 17 tahun. Berpegang teguh kepada al-Quran dan hadis serta dibimbing oleh ulama tersohor Tok Ku Paloh, Baginda memerintah dengan adil, aman dan penuh kasih terhadap rakyat.

 

Namun, di sebalik kemakmuran negeri, tersembunyi fitnah, pergolakan politik dan ancaman kuasa asing.

 

Kisah Tengku Musa dan Awang Belaking membawa penonton menyelusuri peristiwa getir yang menguji kesetiaan serta kebijaksanaan pemerintahan.

 

Ketika pengaruh Siam dan Inggeris semakin mencengkam, perjuangan mempertahankan kedaulatan Terengganu menjadi taruhan.

 

Sebuah kisah sejarah.

Sebuah perjuangan.

Sebuah maruah yang dipertahankan.

 

Sebuah Produksi Muzium Negeri Terengganu berkolaborasi dengan Kumpulan Teater Asyik.

 

Karya Ali Jusoh | Arahan Haji Marzuki Ali

 

KARYA AGUNG TAWARIKH SULTAN ZAINAL ABIDIN III

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

Muzium Negeri Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia iaitu Her Excellency Maria Angela A. Ponce bersama delegasi.

 

Kunjungan ini turut diserikan dengan lawatan berpandu ke galeri muzium bagi mengenali dengan lebih dekat sejarah, warisan dan budaya Terengganu.

 

Terima kasih atas kunjungan dan semoga kita bertemu kembali.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

Muzium Negeri Terengganu dengan sukacitanya menerima kunjungan 25 orang delegasi Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh Dr. Afiza binti  Idris, Pengarah Bahagian Kementerian Ekonomi bagi program Learning Excursion ke Ujana Tenaga, Muzium Negeri Terengganu, anjuran PETRONAS.

 

Lawatan ini memberi pendedahan kepada delegasi mengenai sejarah, perkembangan serta peranan industri minyak dan gas dalam pembangunan sosioekonomi negara, di samping memperkukuh hubungan strategik antara PETRONAS, Kementerian Ekonomi dan Muzium Negeri Terengganu.

 

Muzium Negeri Terengganu mengalu-alukan kunjungan dan kerjasama strategik ini dalam usaha memperkasa perkongsian ilmu serta menjadikan muzium sebagai platform pembelajaran yang interaktif dan bermakna.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Tawarikh ialah catatan sejarah yang merakam peristiwa dan kisah masa lalu.

 

Siaran langsung di Radio Malaysia Terengganu berbicara tentang Teater Muzikal Diraja Syair Tawarikh Sultan Zainal Abidin III bersama Pengarah Muzium Negeri Terengganu dan juga Pengarah Teater Musikal ini yang mengangkat kisah pemerintahan baginda, termasuk cabaran mempertahankan kedaulatan Terengganu daripada ancaman dan tekanan kuasa luar.

 

????Teater Muzikal Diraja

????Ahad, 27 September 2026

????10.30 pagi

 

Hayati sejarah, kenali perjuangan baginda

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 4 Feb 2025 - 2.30 Petang
Hakcipta Terpelihara © 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search