09-632 1200

MUZIUM DAERAH KEMAMAN

SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM DAERAH KEMAMAN

Penubuhan Muzium Daerah Kemaman yang menfokuskan kepada individu-individu terbilang di Negeri Terengganu telah dirancang dan dicetuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Muzium Daerah Kemaman dan telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Memandangkan Negeri Terengganu memiliki ramai tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa, maka penubuhan Muzium Jasa Mu Dikenang ini dianggap perlu bagi mengenang jasa serta memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang berkenaan.

Insan yang mana dirinya ditonjolkan di dalam muzium ini merupakan antara jutaan rakyat Negeri Terengganu yang amat berjaya di dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang politik, bidang pentadbiran, bidang sukan, bidang budaya, bidang agama, bidang sastera serta bidang pendidikan.

Diharapkan agar muzium yang mempamerkan tentang biadota, pengorbanan, jasa serta perjuangan insan yang gemilang ini bakal memberikan 1001 maklumat yang berguna terutamanya kepada generasi baru agar mereka dapat mencontohi, menjiwai dan seterusnya mencontohi kejayaan tokoh-tokoh ini dalam bidang masing-masing dalam mengharumkan nama negeri dan juga negara.

 

SEJARAH AWAL BANGUNAN MALAYAN BANKING

Bangunan Muzium Daerah Kemaman ini dibina pada tahun 1920an. Senibina bangunan satu tingkat konkrit ini merupakan gabungan senibina Inggeris dan senibina Islam sehingga menghasilkan satu bentuk senibina ala Moorish. Bangunan ini terletak di tengah-tengah pusat bandar dalam kawasan berkeluasan 0.2 ekar di Lot 132, Jalan Sulaimani, Chukai, Kemaman. Bangunan ini pernah menjadi pejabat pengurus lombong bijih besi The Nanyo Kogyo Koshi Company yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di Macang Setahun, Kemaman.

Bangunan ini kemudiannya telah menjadi milik salah sebuah bank perdagangan iaitu Malayan Banking Berhad dan berfungsi sebagai sebuah bank. Pada tahun 2008, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan diserahkan kepada pihak Muzium Negeri Terengganu pada 5 Mac 2009 untuk dimajukan sebagai sebuah muzium daerah dan sekaligus sebagai satu destinasi pelancongan baru ke daerah paling selatan Negeri Terengganu, iaitu Daerah Kemaman.

Pada 15 oktober 2009, kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini telah dilakukan oleh dua buah syarikat yang di lantik oleh pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman.

OBJEKTIF PENUBUHAN MUZIUM DAERAH KEMAMAN

  1. Mempamerkan segala bentuk rekod serta bahan dokumen berkaitan nilai pengorbanan, perjuangan serta kejayaan tokoh di Negeri Terengganu dalam bidang masing-masing.

  2. Mengenang kembali jasa-jasa serta khidmat bakti tokoh-tokoh tempatan yang telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada kemajuan dan pembangunan Negeri Terengganu.

  3. Mengangkat martabat tokoh-tokoh negeri ke persada nasional agar dapat dijadikan sebagai ikon ikutan ramai, khususnya kepada generasi muda pewaris nusa.

  4. Menjadikan muzium ini sebagai salah satu destinasi serta produk pelancongan di Daerah Kemaman khususnya dan di Negeri Terengganu amnya.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 28 Januari 2024 - 4.20 petang

 

Hakcipta Terpelihara © 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search