09-632 1200

Berita Semasa

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Sukan Merdeka Terbuka Muzium kembali dengan pelbagai acara menarik, daripada sukan tradisional, sukan moden hingga acara sampingan untuk seisi keluarga! ‘Walk-in’ sahaja kesini esok…

 

 16 September 2026 (Rabu)

 8.00 pagi – 1.00 petang

 Muzium Negeri Terengganu

 

Jom sertai, meriahkan suasana dan raikan semangat Hari Kebangsaan bersama-sama!..

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

Selamat Datang, Encik Khairul Azhan bin Mohd Yusof

 

Seluruh warga Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan penuh rasa hormat dan tulus hati mengalu-alukan kehadiran tuan sebagai Timbalan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

 

Semoga kehadiran tuan menjadi suntikan semangat, membawa idea dan inspirasi baharu, serta bersama-sama memperkukuh usaha dalam memartabatkan warisan, sejarah dan dunia permuziuman negeri Terengganu.

 

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah.

Semoga setiap langkah yang diatur dipermudahkan dan segala usaha yang dicurahkan memberi manfaat serta meninggalkan nilai yang bermakna buat kita semua.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima atas limpah perkenan dan pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

 

Sesungguhnya, setiap pengurniaan ini adalah lambang penghargaan atas jasa, bakti dan khidmat yang dicurahkan demi agama, bangsa dan negeri tercinta.

 

Semoga anugerah yang diterima menjadi sumber inspirasi untuk terus menabur bakti, menyemai jasa dan mengukir kecemerlangan, demi kemakmuran serta kesejahteraan negeri Terengganu Darul Iman.

 

Menjunjung kasih Tuanku.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 4 Feb 2025 - 2.30 Petang
Hakcipta Terpelihara © 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search