09-632 1200

BUKIT PUTERI

Bukit Puteri terletak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan muara Sungai Terengganu. Bukit bersejarah ini mempunyai keluasan kira-kira 0.688 hektar dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. Lokasinya juga begitu strategik sebagai aset pelancongan kerana berdekatan dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin. Di samping itu tempat tumpuan orang ramai iaitu Pejabat Pos dan Pasar Kedai Payang yang bersebelahan dengannya menjadikan kedudukan bukit itu bertambah istimewa.

Terdapat beberapa cerita tentang asal usul nama Bukit Puteri. Namun begitu tidak dapat dipastikan bila bukit ini mendapat nama. Ketika Dato’ Bendahara Padang Saujana Johor (Mangkat 1697) menghantar wakilnya Megat Seri Rama dan Paduka untuk memerintah Terengganu, bukit ini sudah pun dikenali sebagai Bukit Puteri.

Namun, terdapat cerita lisan lagenda yang begitu popular dikalangan rakyat negeri ini menyebut bukit ini dahulunya menjadi tempat tinggal puteri bunian. Penduduk tempatan seringkali meminjam pinggan mangkuk daripada puteri berkenaan untuk majlis kenduri kendara. Bagaimanapun puteri ini akhirnya merajuk apabila pinggan mangkuk yang dipinjam tidak dipulangkan atau dikembalikan dalam keadaan yang rosak. Puteri ini dikatakan lari ke Besut dan kerana itu terdapat sebuah bukit di daerah berkenaan yang juga dikenali sebagai Bukit Puteri.

Bukit lagenda ini suatu ketika dahulu menjadi penting sebagai kubu pertahanan terutama semasa pergolakkan politik Kesultanan Terengganu antaraΒ  1831 hingga 1839 membabitkan Tengku Umar dengan Sultan Mansor II dan Tengku Umar dengan Sultan Muhamad I. Ketika itu Bukit Puteri menjadi rebutan dan sebagai kubu pertahanan yang strategik. Kesan daripada Perang saudara itu masih kekal hingga ke hari ini sebagai warisan sejarah. Antaranya ialah kubu, singgahsana sementara, tempat simpanan ubat bedil dan meriam.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 24 AprilΒ 2024 - 12.55Β Tengahari
Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search