09-632 1200

PEMBANGUNAN DAN PEMULIHARAAN PULAU BIDONG

LATARBELAKANG

Pulau Bidong asalnya hanyalah sebuah pulau yang sunyi dan tidak berpenghuni. Pulau iniΒ  mempunyai keluasan 203 hektar terpisah oleh Laut China Selatan dan mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dari tanah besar. Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada tanah tinggi berbukit manakala 12 hektar sahaja tanah rata yang beralun. Keadaaan rupabumi begini menjadikan Bidong destinasi tumpuan para nelayan untuk berlindung daripada tiupan monsun.

Bagaimanapun keharmonian Pulau Bidong mula tergugat berikutan kejatuhan Kerajaan Demokratik Vietnam Selatan (KDVS) sokongan Amerika kepada Kerajaan Komunis Vietnam Utara (KKVU) pada 1975. Peristiwa ini menyebabkan wujudnya satu kelompok yang dikenali Orang Hanyut Vietnam (OHV) yang bertali arus mencerobohi persisiran pantai Semenanjung Malaysia terutama Negeri Terengganu Darul Iman.

Kedatangan tanpa diundang ini mendapat sokongan daripada negara-negara luar terutama Amerika yang menyarankan Kerajaan Malaysia memberi layanan baik kepada OHV. Β Atas dasar perikemanusiaan sejagat kerajaan Malaysia telah mengambil langkah wajar dengan menyediakan satu penempatan khas bagi memudahkan kawalan keselamatan dan penyaluran bantuan.

Berikutan itu dengan persetujuan kerajaan negeri, Pulau Bidong pada 1 Ogos l978 telah diwartakan sebagai Pusat Penempatan OHV.

Sejak itu Bidong mula berubah wajah. Buminya disondol dengan rakus atas alasan membina kemudahan untuk petugas dan OHV. Nelayan pula tidak dibenarkan mendekati pulau itu dari jarak 200 ela walaupun untuk berlindung.Β  Pualau Bidong yang harmoni dan bebas kini menjadi pulau larangan termasuk kepada peribumi sendiri.

Selama 16 tahun bumi Bidong digomol dan selama itu jugalah tanah ini berbudi kepada sejumlah 252,390 OHV yang pernah bermastautin di sini. Bidong mula terpahat di peta dunia dan pada masa yang sama Kerajaan Malaysia menerima pujian demi pujian atas layanan baik terhadap OHV. Bidong semasa pendudukan OHV juga dikenali sebagai Mini Saigon berikutan kepadatan penduduk dan kemeriahan aktivitinya yang pelbagai.

Image

Pulau Bidong akhirnya ditutup dan diserahkan kembali kepada Kerajaan Terengganu pada 30 November 1991. Banyak nostalgia yang ditinggalkan untuk kenangan dan tatapan generasi akan datang. Bagaimanapun akibat tindakan yang tidak begitu serius dan masa banyak dihabiskan di meja mesyuarat sebahagian besar tinggalan sejarah telah musnah. Apapun pulau ini masih lagi dikunjungi oleh OHV atau waris mereka yang datang menziarahi kubur-kubur dan juga sebagai penghargaan kepada bumi yang pernah memberi perlindungan kepada mereka.

Selari dengan itu adalah wajar pulau ini dibangunkan dengan konsep Histo-Tourism iaitu pelancongan berteraskan tinggalan sejarah di samping keindahan semulajadi.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 28 Januari 2024 - 4.20 petang

Β 

Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search