09-632 1200

Nilai-Nilai Bersama

NILAI-NILAI BERSAMA

Pelaksanaan Pelan Strategik Lembaga Muzium Negeri Terengganu mempunyai matlamat, untuk memperkasa tugas dan peranan institusi dalam memberi khidmat kepada pelanggan, dan mengutamakan prestasi kerja cemerlang yang mengamalkan nilai-nilai berikut :


1.Β  Β Budaya ilmu
Β 
  1. Melengkapkan setiap kakitangan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia terancang, yang berteraskan kepada pembangunan kompetensi.

  2. Menjadikan penguasaan ilmu dan kemahiran sebagai satu usaha untuk mengubah minda (mindset), dan persediaan untuk menyediakan kakitangan yang mempunyai mentaliti kelas pertama.

  3. Meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi kakitangan, bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan berdaya saing.

  4. Menjadikan penjawat awam di Lembaga Muzium Negeri Terengganu, sebagai pekerja berbudaya belajar sepanjang hayat (life-long learning), dan secara kolektifnya membentuk sebuah organisasi pembelajaran (learning organization) yang cemerlang.


Β 
Β 2.Β  Β  Β Cemerlang

  1. Menyedia dan mengekal modal insan yang berprestasi tinggi, dalam usaha melahirkan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan secara professional, dan beretika tinggi bagi merealisasikan aspirasi serta wawasan jabatan dan kerajaan negeri.

  2. Membentuk profesionalisme tenaga kerja yang berkecuali, mengutamakan pembelajaran yang berterusan, dan pembangunan untuk mendapatkan ilmu, kemahiran dan sikap dalam menyampaikan perkhidmatan yang penuh iltizam, dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi.

  3. Meletakkan piawai perkhidmatan pada tahap β€˜best among the best, multi tasking and all rounder’. Membentuk kakitangan yang dihormati, berpengaruh, berupaya mewujudkan tanggapan positif terhadap orang lain, bertindak dengan penuh integriti dan berfikiran tajam serta pantas.



3.Β  Β  Β  Cakna
  1. Memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu, mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi keperluan mereka.

  2. Memantapkan keperibadian kakitangan agar mempunyai sifat-sifat yang prihatin, empati, mesra, mudah didekati, adil, bijaksana dan sedia berkhidmat dalam pelaksanaan tugas harian.

  3. Menjadikan sistem perkhidmatan di Lembaga Muzium Negeri Terengganu, antara perkhidmatan yang paling disenangi, cemerlang dan yang terbaik di hati pelanggan.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 28 Januari 2024 - 4.20 petang

Β 

Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search