09-632 1200

Berita Semasa

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 KUNJUNGAN AKADEMIK KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU

 

Muzium Negeri Terengganu berbesar hati menerima kunjungan 13 orang peserta termasuk pensyarah dan pelajar daripada program Master of Sustainable Landscape Management (MSLM), Batch 7, Semester 3 (Short Semester), Sesi Akademik 2025/2026, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 19 Ogos 2026.

 

Menariknya, kunjungan ini turut disertai 3 orang pelajar dari negara China, menjadikan lawatan ini bukan sahaja sebagai pengisian akademik, malah membuka ruang pertukaran pengetahuan dan pengalaman berkaitan landskap, warisan serta pemeliharaan alam dan budaya.

 

Lawatan ke Muzium Negeri Terengganu merupakan sebahagian daripada site visit mereka di Terengganu yang turut melibatkan beberapa lokasi lain seperti Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Pulau Redang dan Setiu Wetlands.

 

Terima kasih kepada pihak UPM atas kunjungan dan semoga kita bertemu kembali.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Bahagian Pendidikan, Muzium Negeri Terengganu turun padang ke SK Pusat Kuala Ibai untuk Program ‘Outreach’

 

Pelbagai aktiviti dibawa terus kepada murid, daripada penerangan tentang muzium, demonstrasi kain batik hinggalah permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, dam aji dan titing bulu ayam. 

 

Bukan sekadar dengar, murid juga berpeluang melihat, mencuba, merasa dan bermain sambil mengenali warisan kita.

 

Untuk sekolah yang ingin menjemput kami, bukan semua undangan dapat dipenuhi kerana ia bergantung kepada jadual dan kekosongan slot.

 

Tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk hadir dan memeriahkan suasana di sekolah anda! 

 

Kami pun kadang-kadang teringin kembali ke sekolah, mengimbau kenangan syahdu zaman muda-muda dulu.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 KUNJUNGAN DELEGASI KERALA, INDIA KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU

 

Muzium Negeri Terengganu menerima kunjungan delegasi dari Kerala, India bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) sempena lawatan teknikal mereka ke Terengganu.

 

Delegasi Kerala diketuai oleh Dr. Adeela Abdulla, IAS, Special Secretary, PWD Kerala, bersama Vinod Ramachandran IAS, Additional Secretary, PWD, Misal Sagar Bharat IAS, Project Director, KSTP, Bindhu Nappappan, Chief Engineer, KSTP, Sheny Sudheesh Babu, Joint Director, KHRI serta Anand Swaroop Voleti, Team Leader, LEA Associates South Asia Pvt. Ltd.

 

Kunjungan ini memberi peluang kepada delegasi mengenali dengan lebih dekat sejarah, budaya dan warisan Terengganu, di samping menjadi platform pertukaran budaya dan pengalaman antara Malaysia dan India.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 KUNJUNGAN HORMAT MUZIUM NEGERI TERENGGANU KE KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

 

PUTRAJAYA | 10 OGOS 2026 — Muzium Negeri Terengganu hari ini telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara dan telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

 

Rombongan ini diketuai oleh YBrs. Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Haji Mohd Iskandar bin Muhammad Aziz bersama barisan pegawai MNT.

 

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah En. Razaimi bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Pemuziuman), Jabatan Muzium Malaysia yang turut bersama dalam perbincangan berkaitan perkembangan dan hala tuju bidang pemuziuman.

 

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama strategik di antara Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan Kementerian Perpaduan Negara serta Jabatan Muzium Malaysia, khususnya dalam bidang pemuziuman, pemeliharaan warisan dan pengukuhan peranan muzium sebagai institusi pendidikan serta medium perpaduan masyarakat.

 

Antara agenda utama pertemuan adalah pembentangan berkaitan perancangan dan kerja-kerja yang akan dilaksanakan pada masa akan datang, termasuk cadangan serta inisiatif yang berpotensi untuk dilaksanakan melalui kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan.

 

Sesi pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi idea serta membincangkan peluang kerjasama bagi memastikan agenda pemuziuman dan pemeliharaan warisan dapat terus diperkasa secara berterusan.

 

MNT berharap kunjungan ini dapat menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh, tersusun dan berimpak, sekali gus memperluas peranan muzium dalam mendukung agenda warisan, pendidikan, kebudayaan dan perpaduan negara.

 

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

Pada 26 hingga 30 Julai 2026, hasil kerjasama antara Lembaga Muzium Negeri Terengganu bersama 4 agensi berkaitan telah melaksanakan satu ekspedisi menjejak dan mendigitalkan manuskrip Melayu berkaitan Terengganu dan Islam telah dilaksanakan di empat wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani.

 

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Maahad Tahfiz Selar Anak Ayam ( Muzium Al-Quran Melayu Raya, Narathiwat ), EL-KHALIL ISLAM YALA, Rumah Haji Sulong ( Pusat Pengajian & Muzium Ahli Falsafah Tempatan ) dan Masjid Wadil Hussein, Teluk Manok.

 

 

Hasil daripada ekspedisi ini, dianggarkan hampir 5,000 halaman manuskrip berjaya didigitalkan sebagai usaha memastikan khazanah ilmu dan warisan bangsa terus terpelihara untuk tatapan serta kajian generasi akan datang.

 

Pendigitalan ini bukan bertujuan mengambil hak milik sesiapa. Sebaliknya, ia adalah satu usaha menyelamatkan ilmu yang terkandung dalam manuskrip agar tidak hilang ditelan zaman.

 

Setiap helaian yang dirakam bukan sekadar tulisan di atas kertas lama, tetapi mengandungi kisah kehidupan, pemikiran para ulama, catatan sejarah, budaya dan identiti masyarakat Melayu Islam yang telah membentuk tamadun kita sejak ratusan tahun dahulu.

 

Hakikatnya, manuskrip tidak hilang dalam sehari. Ia hilang sedikit demi sedikit.

 

Bermula apabila disimpan di dalam almari atau gobok tanpa penjagaan yang sewajarnya, dimakan anai-anai, rosak akibat kelembapan atau koyak dimamah usia. 

 

Ada juga yang tidak pernah diketahui kewujudannya kerana hanya tersimpan di rumah, menunggu masa untuk musnah. 

 

Apabila keadaan itu berlaku, kita sering menyalahkan orang lain kerana kononnya sejarah tidak dipelihara, sedangkan kadangkala warisan itu berada di depan mata kita sendiri tetapi tidak pernah diberikan peluang untuk diselamatkan.

 

Warisan bukan dinilai dengan harganya, tetapi dengan nilainya kepada sejarah. Manuskrip-manuskrip ini bukan milik satu keluarga atau satu generasi semata-mata, sebaliknya merupakan khazanah ilmu yang menjadi milik seluruh bangsa.

 

Jika ia hilang, bukan sahaja kita kehilangan naskhah lama, malah kita kehilangan bukti tentang siapa kita, dari mana asal-usul kita dan bagaimana tamadun ini berkembang.

 

Semoga usaha kecil ini menjadi permulaan kepada kesedaran yang lebih besar bahawa memelihara warisan adalah tanggungjawab bersama.

 

Kerana sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk diwariskan kepada mereka yang akan datang.

 

Manuskrip yang hilang mungkin tidak akan ditemui lagi. Tetapi manuskrip yang berjaya dipelihara hari ini akan terus hidup, bercerita dan menjadi saksi kepada anak cucu kita pada masa hadapan.

 

 

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 4 Feb 2025 - 2.30 Petang
Hakcipta Terpelihara © 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search