09-632 1200

MUZIUM DAERAH DUNGUN

SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM DAERAH DUNGUN

Ilham penubuhan Muzium Daerah timbul hasil Pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai TimurΒ  ( ECER ) oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 28 Oktober 2007 yang menekankan kepada penggalakan pelancongan pesisir pantai, pulau, budaya dan warisan. Lembaga Muzium Negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar Daerah Dungun diadakan sebuah Muzium kerana sejak tahun 1930an, ia terkenal di seluruh dunia berkaitan kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun. Majlis β€˜soft opening’ Muzium Daerah Dungun dilancar pada 19 Ogos 2008.

SEJARAH RUMAH PEGAWAI DAERAH DUNGUN

Rumah Pegawai Daerah Dungun dibina pada tahun 1941 dan berukuran 24.5m panjang dan 6.63m lebar. Rumah yang kini kelihatan uzur diperbuat daripada kayu serta beratap genting simen, pernah menjadi tempat kediaman sementara Penolong Penasihat British.Pegawai Daerah Dungun yang pernah tinggal disini ialah Tuan Haji Dol Abdullah bin Alias (1941-1942), Che Khalid bin Kassim (1943-1945), Haji Khalid bin Awang (1974-1975) dan ramai lagi.

OBJEKTIF PENUBUHAN MUZIUM DAERAH

  1. Memulihara bangunan bersejarah untuk tatapan generasi kemudian
  2. Memupuk semangat mengenali dan menghayati senibina silam.
  3. Memupuk semangat menghargai warisan sejarah tempatan
  4. Sebagai satu sumber rujukan dan penyelidikan para pelajar Sekolah, Maktab, Universiti dan orang perseorangan.
  5. Memupuk rasa bangga akan kehebatan rekacipta generasi terdahulu serta membangkitkan nostalgia silam.
  6. Menjadikan sebagai sebuah Muzium Daerah yang fokus utamanya menjurus kepada pensejarahan dan budaya daerah tersebut.
  7. Menjadi aset kepada industri pelancongan.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 24 AprilΒ 2024 - 12.55Β Tengahari
Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search