09-632 1200

Apa Itu Muzium

APA ITU MUZIUM?

Perkataan `Muzium’ yang digunapakai hari ini dipetik daripada perkataan Inggeris. Bagaimanapun `Museum’ dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Yunani `Mouseion’ yang bermaksud rumah suci `MUSE’ iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi lambang ilmu dan kesenian.

`MUSE’ dalam bahasa Yunani juga bermaksud `Gembira’ (enjoy) atau dalam bahasa Inggerisnya `Amusement’.

Pada zaman klasik Yunani ’museum’ turut dikenali sebagai

Β " A place sacred to the Muse specifically, the great institution for literature and scientific studies built and equipped by Ptolemy I at Alexandria, which was virtually a universityΒ  of Hellesnistic world "

Di percayai muzium pertama telah ditubuhkan di Iskandariah, Mesir pada abad ke 3 sebelum Masehi. Bermula dari itu, ramai pakar dan sarjana berlumba-lumba melontarkan kefahaman masing-masing berhubung definisi muzium.

Geo Brown Goode (1895) mendefinisikan muzium sebagai

`An institution for the preservation of those objects which best illustrate the phenomena of nature and the work of man, and utilization of these to increase knowledge and for the culture and enlightenment of the people’.

Dalam pada itu terdapat beberapa definisi berbentuk sementara atau masih kabur yang diutarakan. Contohnya oleh Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM), Kesatuan Muzium Kanada (CMN) dan Kesatuan Muzium Amerika (AAM). Kebanyakan definisi itu mengaitkan fungsi muzium dan pengurusannya serta bidang-bidang yang berkaitan dengan pemuziuman.

ICOM pada Mesyuarat Agong 1974 menggariskan definisi muzium sebagai

`Institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya’.

Tindak balas daripada definisi ini, beberapa aktiviti dan bidang dikaitkan sama sebagai sokongan. Antaranya muzium ditakrifkan juga sebagai institusi yang terlibat dengan :-

  1. Pemuliharaan, pameran dan Pusat Arkib.
  2. Pemuliharaan dan pengekalan alam semulajadi.
  3. Arkeologi, Ethnologi, Monumen dan Tapak Bersejarah.
  4. Pameran benda hidup seperti Taman Botani, Zoologi, Aquarium dan sebagainya.
  5. Pusat Sains dan Planetarium.

Berdasarkan definisi tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa muzium memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pembangunan ekonomi bagi setiap negara dan masyarakat. Malah muzium turut membentuk dan mengambil bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara melalui peranannya yang berbagai (Multifuntional role).

Sehubungan itu, pada 1989 Kesatuan Muzium Great Britain (MAGB) telah mendefinisikan muzium dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Instituti muzium ditakrifkan sebagai :-

`A institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets material evidence and associated information for public benefit’

Di Malaysia, muzium pada peringkat awalnya dikenali sebagai `Sekolah Gambar’ kerana selain artifak arkeologi, gambar-gambar bersejarah turut dipamerkan dengan banyaknya di dalam bangunan muzium.

Bagaimanapun peredaran masa dan pertambahan pengalaman serta pengetahuan golongan tertentu terutama yang ada kaitan langsung dengan pengurusan dan aktiviti muzium telah berjaya membentuk identiti baru muzium. Hal ini turut mengubah pandangan orang ramai terhadap institusi tersebut.

Biarpun terdapat berbagai bentuk tanggapan dan definisi yang berbeza terhadap institusi muzium, namun begitu adalah tepat jika muzium itu diterangkan melalui aktiviti serta kemampuan yang ditunjukkan oleh sesebuah muzium itu. Kejayaan sesebuah muzium menangani segala permasalahan yang ada dalam usaha mencapai objektif penubuhannya adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan rasa tanggungjawab kakitangannya.

Oleh yang demikian sesebuah muzium itu adalah sesuai didefinisikan berdasarkan kemampuan serta kejayaan yang ditunjukkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan berdasarkan kepada fungsi dan garis objektifnya.

Client 1
Client 2
Client 3
Client 4
Client 4
Client 4

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 28 Januari 2024 - 4.20 petang

Β 

Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search