09-632 1200

Berita Semasa

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

 Gua Bewah, Tasik Kenyir

 

Kerja-kerja pembersihan rutin showcase ‘Bewah Man’ telah dilaksanakan bersempena Kursus Pemandu Informasi Kenyir Geopark bagi Komuniti Pelancongan Kenyir pada 22 Julai 2026.

 

Turut diadakan sesi perkongsian ilmu mengenai Gua Bewah dan penemuan bersejarah ‘Bewah Man’, yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Pameran dan Pendidikan, En. Azuan bin Harun, dengan bantuan Ketua Bahagian Sejarah, En. Aisamuddin bin Embong.

 

Sesi ini bertujuan memperkukuh pengetahuan para peserta mengenai nilai warisan arkeologi yang menjadi kebanggaan Negeri Terengganu serta memperkasakan penyampaian maklumat kepada para pelancong.

 

Tahukah anda, ‘Bewah Man’ merupakan antara penemuan rangka manusia prasejarah yang sangat signifikan di Malaysia? Penemuan ini dianggarkan berusia sekitar 16,000 tahun, sekali gus menjadi bukti penting tentang kehidupan awal manusia di kawasan Tasik Kenyir.

 

Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Gua Bewah? 

 

Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Jika belum, mungkin inilah masanya untuk meneroka sendiri keunikan warisan prasejarah yang tersembunyi di tengah-tengah keindahan Tasik Kenyir.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MUZIUM PERMAINAN TRADISIONAL DI MESYUARAT SWC-SIM

 

Pengarah Muzium Negeri Terengganu bersama beberapa orang pegawai telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengurusan Impak Sosial (SWC-SIM) yang berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel.

 

Pada mesyuarat tersebut, Muzium Negeri Terengganu telah membentangkan Kertas Kerja Cadangan Pemerkasaan dan Kelestarian Muzium Permainan Tradisional, yang menggariskan perancangan komprehensif dalam usaha memartabat, memelihara dan menghidupkan semula permainan tradisional sebagai warisan budaya tidak ketara negara.

 

Cadangan yang dibentangkan memberi fokus kepada pembangunan Muzium Permainan Tradisional sebagai sebuah pusat pembelajaran warisan yang lebih interaktif dan dinamik melalui pelaksanaan program pendidikan, penglibatan komuniti, penyelidikan, dokumentasi serta pendigitalan warisan.

 

Turut diketengahkan ialah cadangan pembangunan galeri interaktif, pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), pemerkasaan ekonomi komuniti serta inisiatif kelestarian alam sekitar bagi memastikan warisan permainan tradisional terus relevan dan lestari.

 

Pembentangan ini turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan korporat, NGO dan masyarakat dalam membentuk jaringan pintar warisan (Smart Cultural Partnership) yang mampu memperluaskan impak pemeliharaan dan penyebaran ilmu warisan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

 

Ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh agenda pemeliharaan warisan negeri melalui pendekatan yang inovatif, inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi pembangunan sosial dan budaya negara.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Lawatan Delegasi Kesatuan Eropah ke Kampung Budaya Terengganu, Muzium Negeri Terengganu

 

Kunjungan daripada delegasi Kesatuan Eropah ke Kampung Budaya Terengganu adalah sebahagian daripada lawatan delegasi ini ke Negeri Terengganu bagi mengenali dengan lebih dekat keunikan warisan, budaya dan identiti Negeri Terengganu.

 

Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa meninjau pelbagai aktiviti dan demonstrasi kebudayaan yang mengetengahkan warisan tradisi masyarakat Terengganu, termasuk seni kraf, permainan tradisional, persembahan kebudayaan serta demonstrasi amalan warisan yang masih dipelihara sehingga kini.

 

Pendedahan ini memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai kekayaan nilai budaya yang menjadi identiti negeri Terengganu.

 

Delegasi turut diraikan dengan jamuan yang menampilkan pelbagai hidangan tradisional Terengganu, sekali gus memberi peluang kepada mereka menikmati keunikan warisan gastronomi tempatan yang menjadi sebahagian daripada khazanah budaya negeri.

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kunjungan Hormat Pengarah Baharu Jabatan Warisan Negara Zon Timur

 

Lembaga Muzium Negeri Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Encik Nor Fairus Nizam bin Jelani, Pengarah Baharu Jabatan Warisan Negara Zon Timur.

 

Kunjungan ini membuka ruang kepada perbincangan yang cukup bermakna antara kedua-dua jabatan, melibatkan pelbagai perkara termasuk perkongsian pandangan, hala tuju kerjasama serta perancangan program dan inisiatif yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.

 

Semoga jalinan kerjasama erat antara Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Jabatan Warisan Negara Zon Timur ini terus diperkukuhkan dalam usaha bersama memelihara, memulihara dan memartabatkan warisan negara untuk generasi akan datang

Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Penyerahan Kepada Pihak Pelanggan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Di Muzium Permainan Rakyat, Dungun.

 

Majlis dihadiri oleh 

 

1. YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)) MOTAC

 

2. ⁠Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim (Pengarah Kerja Raya Terengganu)

 

3. Encik Mohd Khairul bin Kassim, (Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Prasarana, MOTAC)

 

4. Tuan Haji Fauzi bin Muda (Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu)

 

5. YBRS. En Jusman Bin Ibrahim (Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun)

 

6. En Mohd Rashdan Bin Muda (Yang Dipertua Majlis Pembandaran Dungun)

 

7. Ir. Mohd Al Azhar bin Ali (Jurutera Daerah Dungun)

 

Tidak lama nanti, akan dibuka sebuah Muzium Permainan Rakyat di Daerah Dungun.

 

Muzium Daerah Dungun yang dibuka pada 2008 kini telah dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan fasiliti.

 

Diharap muzium ini bakal menjadi satu tarikan terbaru di Daerah Dungun suatu hari nant

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 4 Feb 2025 - 2.30 Petang
Hakcipta Terpelihara © 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search