09-632 1200
webmaster@muzium.terengganu.gov.my

Berita Semasa

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
π‘·π’†π’π’ƒπ’‚π’ˆπ’‚π’Š 𝑷𝑹𝑢𝑴𝑢𝑺𝑰 𝒅𝒂𝒏 𝑫𝑰𝑺𝑲𝑨𝑼𝑡
Di Karnival Muto & Kenangan, para peniaga khususnya yang berniaga aksesori dan penjual motosikal berpakat nak bagi Diskaun dan menawarkan PROMOSI hebat.
Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Tak menang tapi ramai peminat
Berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan mensyukuri nikmat yang diberi oleh-Nya.
Pasukan perbarisan Lembaga Muzium Negeri Terengganu hari ini telah menyertai satu perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul pada hari ini.
Alhamdulillah, selamat sampai semuanya, jarak perjalanan tidak seberapa jika dibandingkan dengan semangat kami.
Ps-Leloh bedehe jugok
Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

π‘²π’‚π’“π’π’Šπ’—π’‚π’ 𝑴𝒖𝒕𝒐 & π‘²π’†π’π’‚π’π’ˆπ’‚π’
17-20 September 2024 | 10 pagi – 5 petang
Muzium Negeri Terengganu

Cuti sekolah ini, kami bawakan karnival yang pasti mengukir kenangan manis buat seisi keluarga! Sertai kami di π‘²π’‚π’“π’π’Šπ’—π’‚π’ 𝑴𝒖𝒕𝒐 & π‘²π’†π’π’‚π’π’ˆπ’‚π’ di Muzium Negeri Terengganu dari 17 hingga 20 September 2024, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Bawa anak-anak untuk menyertai Pertandingan Mewarna yang penuh kreativiti. Saksikan Pertandingan Motor Cantik yang bakal memukau, dan jangan lupa menyaksikan Pertandingan Motosikal Lambat @ siput yang menguji kesabaran dan keunikan.

Selain itu, gerai jualan dengan pelbagai pilihan menarik turut disediakan – pastinya ada sesuatu buat semua!

Karnival ini adalah peluang sempurna untuk anda beriadah sambil mengenali sejarah dan keindahan budaya Terengganu. Nikmati masa bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil mencipta kenangan terindah di karnival ini.

Jom, datang beramai-ramai ke Muzium Negeri Terengganu, dan rasai sendiri pengalaman karnival yang penuh keseronokan dan nostalgia. Karnival ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu perjalanan mengimbau warisan dan tradisi. Jangan lepaskan peluang ini!Β 

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Kehebatan Patriotisme di Pentas Akhir Deklamasi Sajak Merdeka 2024
Pada 10 September 2024, Dewan Batu Bersurat di Muzium Negeri Terengganu menjadi saksi kemegahan suara patriotisme yang bergema di seluruh pelosok hati rakyat Malaysia.
Para peserta di Pertandingan Akhir Deklamasi Sajak Merdeka tampil dengan penuh semangat, mempersembahkan karya-karya yang sarat dengan cinta akan tanah air, bak kata pujangga: "tiada lautan yang terlalu luas untuk cinta kepada negara."
Setiap bait sajak yang mereka deklamasikan bukan sekadar rangkaian kata-kata, tetapi lontaran jiwa yang penuh makna, menyala-nyala seperti obor merdeka yang tidak pernah padam.
Mereka adalah juara-juara suara perjuangan, membawa kita menyelami perit jerih perjuangan bangsa terdahulu, serta mengajak kita semua menghidupkan semangat merdeka dalam setiap degupan nadi.
Peserta-peserta ini tampil bagaikan pahlawan dengan semangat yang berkobar-kobar, menyampaikan rasa cinta kepada tanah air dengan begitu hebat hingga setiap insan yang mendengarnya turut merasakan getar kemerdekaan.
Sorotan mata penonton tidak pernah beralih dek terpukau dengan penghayatan dan keberanian peserta yang berjaya menyuluh kembali sejarah perjuangan bangsa dengan penuh rasa bangga.
Tidak dapat disangkal, inilah deklarasi patriotisme yang tiada tandingannya. Dewan Batu Bersurat bergema dengan tepukan gemuruh, menjadi saksi kepada para pejuang sajak yang menghidupkan roh kemerdekaan Malaysia dengan cara yang begitu memukau.
Terima kasih kepada para peserta yang berjaya membangkitkan semangat kita semua, menjadikan kita lebih yakin bahawa cinta kepada tanah air adalah milik setiap warganya!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

All Rights Reserved Β© 2024. Terengganu State Museum.

Search