09-632 1200
JOM SERTAI PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
Bukan untuk mak ayah, tapi untuk anak-anak ya..
Cuti sekolah tak kemana?
Jom ke Muzium Terengganu Sempena Karnival βMuto & Kenanganβ
Untuk maklumat lanjut, boleh terus berhubung dengan urus setia pertandingan ini.
Pada Khamis, 5 September lalu, kami menerima kunjungan dari 23 orang kakitangan Lembaga Muzium Negeri Perak diketuai oleh Tuan Pengarah mereka iaitu Encik Mohamad Amir bin Dahlan.
Lawatan kerja dan juga sesi βknowledge sharingβ berlangsung sepanjang 3 jam mereka berada disini.
Terima kasih atas lawatan dan kami amat berbesar hati atas kunjungan anda.
Finalis Deklamasi Sajak Merdeka..
- Super User
- Berita Semasa
Finalis Deklamasi Sajak Merdeka..
Mereka akan berentap dan memberi persembahan terhebat pada 10 September ini.
Siapakah yang bakal menjadi juara?
RUMAH WARISAN HAJI SU DISERANG!!
- Super User
- Berita Semasa
Gegak gempita hari ini dengan kedatangan beratus pelajar dari SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL
IMAN BANDAR sempena Majlis Perasmian Penutupan Kemerdekaan sekolah mereka.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti bacaan sajak, mewarna dan juga rekaan diorama menggunakan bahan terbuang.
Semangat waja adik-adik dan kesungguhan para guru sangat dipuji.
ππππππππ ππ ππππππ ππππ
- Super User
- Berita Semasa
Menghidupkan Warisan, Membina Kenangan
Pada 30-31 Ogos 2024, Muzium Negeri Terengganu telah menjadi saksi kepada malam yang luar biasa dalam Program Bermalam di Muzium 2024.
Seramai 84 peserta dari UNISZA, UITM, UKM dan pelajar sekolah menengah sekitar Terengganu telah menyemarakkan semangat Merdeka dengan pelbagai aktiviti yang mengujakan.
Dari permainan tradisional yang menggamit nostalgia hingga perjalanan santai dari Jeti Muzium menaiki Payang Water Taxi ke Drawbridge, setiap detik penuh keceriaan dan kenangan.
Para peserta turut menzahirkan kreativiti mereka melalui lukisan poster dan video pendek bertema patriotik, sambil meraikan ambang Merdeka dengan semangat berkobar-kobar dengan iringan lagu, sajak dan kiraan detik kemerdekaan.
Pengalaman unik menjelajah galeri dalam kegelapan berpandukan lampu suluh dan aktiviti senamrobik di awal pagi membangkitkan semangat mereka.
Fizikal mereka dicabar dengan jungle trekking dan demo ikhtiar hidup yang pasti meninggalkan momen indah, serta penjelajahan galeri yang penuh informasi.
Maklum balas dari para peserta sangat memberangsangkan, ramai yang menyatakan keterujaan dan tidak sabar untuk kembali menyertai program ini pada tahun hadapan.
Semangat mereka membuktikan bahawa program ini bukan sahaja berjaya, tetapi telah menyemarakkan jiwa patriotik dalam diri setiap peserta!
Ingin sertai?..Kita jumpa tahun hadapan!