09-632 1200
webmaster@muzium.terengganu.gov.my

KATA ALUAN PENGARAH

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Segala puji bagi Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih dianugerahkan keafiatan dan kesejahteraan untuk terus melangkah ke Tahun Baharu 2025.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan selamat datang kepada pelayar Laman Web Rasmi Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT). Ini merupakan medium komunikasi rasmi LMNT bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi juga mencerminkan profesionalisme dan ketelusan organisasi kita.
Dalam dunia yang semakin mencabar, kita sering berhadapan dengan arus perubahan yang menuntut ketangkasan, kecekapan, dan keupayaan untuk beradaptasi. Namun, dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan, satu perkara yang tidak boleh dikompromikan adalah integriti.
Integriti harus menjadi teras utama dalam setiap tindakan dan keputusan yang kita ambil. Tahun Baharu ini adalah peluang untuk kita memperkukuh nilai-nilai amanah, ketelusan, dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas. Marilah kita bersama-sama menanam tekad untuk menjadikan integriti sebagai budaya kerja yang diamalkan secara konsisten, bukan sekadar slogan semata-mata.
Akhir kata, marilah kita melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih tinggi dan tekad yang lebih kuat untuk menjadikan Muzium Negeri Terengganu terus unggul dan cemerlang.
β€˜Bangun Bina Bersama’
(HAJI FAUZI BIN MUDA, A.M.T., P.J.K.)
PENGARAH
LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

All Rights Reserved Β© 2025. Terengganu State Museum.

Search