09-632 1200
webmaster@muzium.terengganu.gov.my

Berita Semasa

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

Muzium Negeri Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia iaitu Her Excellency Maria Angela A. Ponce bersama delegasi.

 

Kunjungan ini turut diserikan dengan lawatan berpandu ke galeri muzium bagi mengenali dengan lebih dekat sejarah, warisan dan budaya Terengganu.

 

Terima kasih atas kunjungan dan semoga kita bertemu kembali.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

Muzium Negeri Terengganu dengan sukacitanya menerima kunjungan 25 orang delegasi Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh Dr. Afiza binti  Idris, Pengarah Bahagian Kementerian Ekonomi bagi program Learning Excursion ke Ujana Tenaga, Muzium Negeri Terengganu, anjuran PETRONAS.

 

Lawatan ini memberi pendedahan kepada delegasi mengenai sejarah, perkembangan serta peranan industri minyak dan gas dalam pembangunan sosioekonomi negara, di samping memperkukuh hubungan strategik antara PETRONAS, Kementerian Ekonomi dan Muzium Negeri Terengganu.

 

Muzium Negeri Terengganu mengalu-alukan kunjungan dan kerjasama strategik ini dalam usaha memperkasa perkongsian ilmu serta menjadikan muzium sebagai platform pembelajaran yang interaktif dan bermakna.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Tawarikh ialah catatan sejarah yang merakam peristiwa dan kisah masa lalu.

 

Siaran langsung di Radio Malaysia Terengganu berbicara tentang Teater Muzikal Diraja Syair Tawarikh Sultan Zainal Abidin III bersama Pengarah Muzium Negeri Terengganu dan juga Pengarah Teater Musikal ini yang mengangkat kisah pemerintahan baginda, termasuk cabaran mempertahankan kedaulatan Terengganu daripada ancaman dan tekanan kuasa luar.

 

????Teater Muzikal Diraja

????Ahad, 27 September 2026

????10.30 pagi

 

Hayati sejarah, kenali perjuangan baginda

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Sukan Merdeka Terbuka Muzium kembali dengan pelbagai acara menarik, daripada sukan tradisional, sukan moden hingga acara sampingan untuk seisi keluarga! ‘Walk-in’ sahaja kesini esok…

 

 16 September 2026 (Rabu)

 8.00 pagi – 1.00 petang

 Muzium Negeri Terengganu

 

Jom sertai, meriahkan suasana dan raikan semangat Hari Kebangsaan bersama-sama!..

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

All Rights Reserved © 2026. Terengganu State Museum.

Search