Kunjungan Hormat Pengarah Baharu Jabatan Warisan Negara Zon Timur
Lembaga Muzium Negeri Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Encik Nor Fairus Nizam bin Jelani, Pengarah Baharu Jabatan Warisan Negara Zon Timur.
Kunjungan ini membuka ruang kepada perbincangan yang cukup bermakna antara kedua-dua jabatan, melibatkan pelbagai perkara termasuk perkongsian pandangan, hala tuju kerjasama serta perancangan program dan inisiatif yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.
Semoga jalinan kerjasama erat antara Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Jabatan Warisan Negara Zon Timur ini terus diperkukuhkan dalam usaha bersama memelihara, memulihara dan memartabatkan warisan negara untuk generasi akan datang
Majlis Penyerahan Kepada Pihak Pelanggan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Di Muzium Permainan Rakyat, Dungun.
- Super User
- Berita Semasa
Majlis Penyerahan Kepada Pihak Pelanggan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan Di Muzium Permainan Rakyat, Dungun.
Majlis dihadiri oleh
1. YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)) MOTAC
2. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim (Pengarah Kerja Raya Terengganu)
3. Encik Mohd Khairul bin Kassim, (Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Prasarana, MOTAC)
4. Tuan Haji Fauzi bin Muda (Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu)
5. YBRS. En Jusman Bin Ibrahim (Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun)
6. En Mohd Rashdan Bin Muda (Yang Dipertua Majlis Pembandaran Dungun)
7. Ir. Mohd Al Azhar bin Ali (Jurutera Daerah Dungun)
Tidak lama nanti, akan dibuka sebuah Muzium Permainan Rakyat di Daerah Dungun.
Muzium Daerah Dungun yang dibuka pada 2008 kini telah dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan fasiliti.
Diharap muzium ini bakal menjadi satu tarikan terbaru di Daerah Dungun suatu hari nant
Muzium Negeri Terengganu berbesar hati meraikan kedatangan rombongan dari Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang diketuai oleh Y.Bhg Datuk Kamarul Baharin iaitu Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.
Satu lawatan ilmiah telah diatur ke Gua Bewah di Tasik Kenyir.
Rombongan dari JMM seramai 75 orang terdiri dari pegawai dan kakitangan mereka.
Majlis meraikan rombongan ini disambut oleh YBrs. Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Fauzi bin Muda beserta Ketua-Ketua Sektor dan juga Ketua-Ketua Bahagian.
Terima kasih atas kunjungan, semoga berjumpa kembali.
Siapa cam tempat ni?
Bangunan sebelah kanan masih ada hingga ke hari ni.
Lawatan Kerja Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu bersama Pegawai Daerah Besut ke Istana Lama Tengku Anjang.
- Super User
- Berita Semasa
Lawatan Kerja Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu bersama Pegawai Daerah Besut ke Istana Lama Tengku Anjang.
Istana lama ini kini dalam penilaian untuk kerja-kerja konservasi agar ianya sentiasa terpelihara.






