????? ?????? ??????? ??????? – ?????? ?????? ????? ????? ????. ????? ??????? ???????? ? ????? ????.
- Super User
- Berita Semasa
????? ?????? ??????? ??????? – ?????? ?????? ????? ????? ????. ????? ??????? ???????? ? ????? ????.
Pada 2 Februari 2025, sejarah kembali hidup apabila Bukit Puteri dibuka semula untuk kunjungan orang ramai.
Sebagai simbol warisan dan keagungan negeri Terengganu, Bukit Puteri kini bersedia menerima kehadiran pencinta sejarah, alam semula jadi, dan budaya tempatan.
Sebagai pemanas tirai, Program 1000 Langkah Bukit Puteri telah berjaya dianjurkan kelmarin dengan penuh semangat, melibatkan penyertaan pegawai serta kakitangan Muzium Negeri Terengganu.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Tuan Haji Fauzi bin Muda, yang menekankan kepentingan memelihara khazanah berharga negeri.
Tidak hanya sekadar pendakian, para peserta turut berpeluang menyelami sejarah Bukit Puteri dalam satu sesi Bual Bicara Eksklusif yang disampaikan oleh Saudara Izmal. Dalam sesi yang berlangsung di puncak bukit ini, beliau menghidupkan kembali kisah-kisah menarik dan legenda Bukit Puteri yang telah terpahat dalam sejarah negeri Terengganu.
Kini, pintu sejarah terbuka luas untuk semua! Jangan lepaskan peluang untuk meneroka keindahan dan keunikan Bukit Puteri yang telah kembali bernafas. Jumpa anda di puncak Bukit Puteri!
#BukitPuteriKembali
#1000LangkahBukitPuteri
#WarisanTerengganu
#MuziumNegeriTerengganu






