SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN 2026 MANUSKRIP MELAYU & KALIGRAFI ISLAM dengan penuh jayanya.
- Super User
- Acara Terkini
Alhamdulillah, tirai telah melabuhkan SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN 2026: MANUSKRIP MELAYU & KALIGRAFI ISLAM dengan penuh jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada 12 orang pembentang yang telah mencurahkan ilmu, berkongsi kepakaran, hasil penyelidikan serta pengalaman berharga dalam bidang manuskrip Melayu dan kaligrafi Islam.
Setiap pembentangan telah membuka ruang perbincangan ilmiah yang bermakna serta memperkayakan pemahaman para peserta terhadap khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai.
Seminar ini turut memberikan manfaat yang besar kepada para peserta melalui perkongsian ilmu, pertukaran pandangan dan wacana yang mampu menyemarakkan lagi minat terhadap usaha pemeliharaan, pendokumentasian serta penghayatan warisan intelektual Melayu dan seni kaligrafi Islam.
Muzium Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembentang, peserta serta semua pihak yang telah menjayakan seminar ini.
Besar harapan kami agar usaha yang dilaksanakan ini menjadi pemangkin kepada pengembangan ilmu, penyelidikan dan kesedaran masyarakat dalam memartabatkan manuskrip Melayu serta seni kaligrafi Islam sebagai warisan yang perlu terus dipelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Semoga segala usaha yang kecil ini mampu menjadi penyumbang kepada kelestarian warisan bangsa, agar manuskrip Melayu dan kaligrafi Islam terus mekar, subur dan lestari sepanjang zaman.
Terima kasih atas sokongan semua. Jumpa lagi dalam program ilmiah yang akan datang.
Dua hari penuh warna, semangat dan debaran akhirnya sampai ke penghujungnya.
Festival Adu Kolek 2026 yang berlangsung di Kampung Jeram Hulu, Kuala Nerus berjaya menghimpunkan ratusan pengayuh, penyokong dan pencinta warisan dalam satu pesta rakyat yang cukup luar biasa.
Sepanjang festival berlangsung, pengunjung disajikan dengan aksi perlumbaan yang mendebarkan, sorakan yang tidak pernah surut serta semangat kesukanan yang tinggi daripada semua pasukan yang bertanding.
Lebih membanggakan, penduduk kampung dan masyarakat setempat menunjukkan sokongan yang begitu padu sehingga menjadikan festival ini hidup dengan suasana meriah dari pagi hingga ke petang.
???? KEPUTUSAN RASMI PENENTUAN JUARA RAJA KOLEK 2026
???? Persatuan Kenu Negeri Terengganu – 1:41.44
???? Tanjung Sabtu – 1:41.46
???? Kuala Terengganu – 1:56.14
Tahniah kepada Persatuan Kenu Negeri Terengganu ( PKNT ) yang dinobatkan sebagai Juara Raja Kolek 2026 selepas mempamerkan kayuhan yang mantap dan konsisten sehingga ke garisan penamat.
Keputusan Kategori Antara Daerah
???? Kuala Terengganu – 1:48.58
???? Setiu – 1:53.45
???? Marang – 2:02.14
4️⃣ Kuala Nerus – 2:06.35
5️⃣ Besut – 2:17.57
Ranking Antara Kampung
???? Tanjung Sabtu
???? Jeram Hilir
???? Petai Bubus
4️⃣ Banggol Peradong
5️⃣ Lubuk Haji
6️⃣ Jeram
7️⃣ Tuan Mandak
8️⃣ Jeram Hulu
9️⃣ Kalang Warisan, Pulau Manis
???? Skuad Kilat Tuan Mandak
Ranking Terbuka
???? PKNT
???? Tandiap Barbarians, Perlis
???? KS Langkasuka, Kedah
4️⃣ SMK Kuala Perlis
5️⃣ KSKM
6️⃣ DBKL
7️⃣ JPM Paddler, Putrajaya
8️⃣ UniSZA Aquaranger
9️⃣ Bomba
???? Pusat KO Terengganu
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, urus setia, agensi terlibat serta seluruh penduduk Kampung Jeram Hulu yang menjadi tulang belakang kejayaan festival ini.
Sokongan padu masyarakat membuktikan bahawa warisan Adu Kolek masih kekal dekat di hati rakyat Terengganu.
Jumpa lagi pada Festival Adu Kolek akan datang. Warisan terus dipelihara, semangat terus membara!
Majlis Perasmian Pameran Muto & Kenangan
Pameran Muto & Kenangan telah dirasmikan hari ini oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mohktar, Menteri Besar Terengganu.
Dalam majlis perasmian ini, YAB Dato’ Seri dibawa melawat pameran berkenaan, diiringi oleh Pengarah Muzium Negeri Terengganu dan YBM Tengku Seri Bijaya Raja, di mana YAB Dato’ Seri menunjukkan keterujaannya terhadap pelbagai motosikal klasik dan retro yang dipamerkan.
Pameran ini akan berlangsung sehingga 30 September 2024 di Dewan Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Selain itu, YAB Dato’ Seri juga dibawa melawat Pameran Sempena Maal Hijrah yang diadakan di foyer muzium.
Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami hari ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mengimbau kenangan dan menikmati keunikan yang dipamerkan di sini!
PAMERAN MUTO & KENANGAN Menggamit Memori Motosikal Berzaman Yang dinantikan kini telah dibuka.
- Super User
- Acara Terkini
Yang dinantikan kini telah dibuka.
Jom beramai-ramai ke pameran terbaru di Muzium Negeri Terengganu.
?Tiket masuk ke galeri Kompleks Muzium adalah seperti berikut:
Dewasa : RM 5.00
Kanak-Kanak : Rm 2.00 ( 7- 11 tahun )
Percuma : 6 tahun kebawah
?Waktu operasi galeri :
Sabtu - Khamis ( 9pagi - 5petang )
Jumaat ( Tutup )
Pasar Karat 2024
- Super User
- Acara Terkini
Pasar karat 2024 akan berlangsung pada sepanjang cuti sekolah .Bermula pada 25 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024.
Bertempat di Perkarangan Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Antara jualan yang di adakan adalah , Jualan Barangan Antik, Buku Karat, Barangan kraftangan ,Barangan Bundle, Makanan Tradisi , Jualan Kopi dan Jualan Rahmah Madani.
Terdapat juga aktiviti sampingan sepanjang berlangsungnya Pasar Karat seperti Pertandingan Ayam Serama ,Pertandingan Bonsai ,Santai Moto Klasik dan pelbagai lagi..
Pakat mari blake seme ke Pasar karat 2024 .......







