SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM DAERAH DUNGUN
Ilham penubuhan Muzium Daerah timbul hasil Pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai TimurΒ ( ECER ) oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 28 Oktober 2007 yang menekankan kepada penggalakan pelancongan pesisir pantai, pulau, budaya dan warisan. Lembaga Muzium Negeri Terengganu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar Daerah Dungun diadakan sebuah Muzium kerana sejak tahun 1930an, ia terkenal di seluruh dunia berkaitan kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun. Majlis βsoft openingβ Muzium Daerah Dungun dilancar pada 19 Ogos 2008.
SEJARAH RUMAH PEGAWAI DAERAH DUNGUN
Rumah Pegawai Daerah Dungun dibina pada tahun 1941 dan berukuran 24.5m panjang dan 6.63m lebar. Rumah yang kini kelihatan uzur diperbuat daripada kayu serta beratap genting simen, pernah menjadi tempat kediaman sementara Penolong Penasihat British.Pegawai Daerah Dungun yang pernah tinggal disini ialah Tuan Haji Dol Abdullah bin Alias (1941-1942), Che Khalid bin Kassim (1943-1945), Haji Khalid bin Awang (1974-1975) dan ramai lagi.
OBJEKTIF PENUBUHAN MUZIUM DAERAH