09-632 1200

Berita Semasa

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
Menghidupkan Warisan, Membina Kenangan
Pada 30-31 Ogos 2024, Muzium Negeri Terengganu telah menjadi saksi kepada malam yang luar biasa dalam Program Bermalam di Muzium 2024.
Seramai 84 peserta dari UNISZA, UITM, UKM dan pelajar sekolah menengah sekitar Terengganu telah menyemarakkan semangat Merdeka dengan pelbagai aktiviti yang mengujakan.
Dari permainan tradisional yang menggamit nostalgia hingga perjalanan santai dari Jeti Muzium menaiki Payang Water Taxi ke Drawbridge, setiap detik penuh keceriaan dan kenangan.
Para peserta turut menzahirkan kreativiti mereka melalui lukisan poster dan video pendek bertema patriotik, sambil meraikan ambang Merdeka dengan semangat berkobar-kobar dengan iringan lagu, sajak dan kiraan detik kemerdekaan.
Pengalaman unik menjelajah galeri dalam kegelapan berpandukan lampu suluh dan aktiviti senamrobik di awal pagi membangkitkan semangat mereka.
Fizikal mereka dicabar dengan jungle trekking dan demo ikhtiar hidup yang pasti meninggalkan momen indah, serta penjelajahan galeri yang penuh informasi.
Maklum balas dari para peserta sangat memberangsangkan, ramai yang menyatakan keterujaan dan tidak sabar untuk kembali menyertai program ini pada tahun hadapan.
Semangat mereka membuktikan bahawa program ini bukan sahaja berjaya, tetapi telah menyemarakkan jiwa patriotik dalam diri setiap peserta!
Ingin sertai?..Kita jumpa tahun hadapan!
Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
Muzium Negeri Terengganu menjadi Jabatan Angkat kepada Pasukan Lawan Pedang Sukma Terengganu.
Satu pertemuan dan ramah mesra telah diadakan di Pusat Latihan di Kuala Lumpur bagi memberi semangat sebelum mereka berlepas ke Miri ,Sarawak Sempena SUKMA 2024 di sana nanti.
Semoga beroleh kemenangan seterusnya mengharumkan nama Negeri kita yang tercinta. Amin.
Previous Next

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
Alhamdulillah, selesai sudah Seminar Kearifan Tempatan : Pemuliharaan Senibina Warisan yang berlangsung pada 12-13 Ogos 2024 anjuran Muzium Negeri Terengganu.
Perkongsian yang sangat berilmiah dan penyertaan yang diluar jangkaan.
Jutaan terima kasih kepada semua pembentang, peserta dan urus setia yang terlibat dalam seminar ini dan semoga tahun depan kita bertemu lagi.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 4 Feb 2025 - 2.30 Petang
Hakcipta Terpelihara © 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search