Lawatan penilaian keselamatan dan kemudahan di Bukit Puteri telah dilakukan pada hari ini 6 Januari 2025.
Bukit Puteri telah ditutup untuk dikunjungi orang awam sejak sekian lama kerana faktor keselamatan dan juga masalah laluan untuk naik kesana.
Insyallah dalam masa terdekat ini, tempat bersejarah ini akan mula dibuka untuk orang awam.
Galeri dibuka seperti biasa pada Hari Perayaan Krismas
Muzium Negeri Terengganu telah diberi tanggungjawab sebagai penganjur permainan tradisional ketika Festival Pantai Terengganu 2024 di Pantai Teluk Ketapang.
Pelbagai permainan telah diadakan seperti Pertandingan Bola Cetong & Bola Beracun Antara Daerah, Pertandingan Dam Aji dan Cabaran Permainan Tradisional yang melibatkan orang awam.
Sambutan yang amat menggalakkan, selain ‘bergalak’ dengan permainan yang ada, mereka juga sedikit sebanyak mengenali permainan tradisional kita yang pernah kita bermain ketika kecil-kecil dulu.
Tanpa gajet atau alatan yang canggih, orang dulu-dulu begitu kreatif bermain dengan bahan yang ada disekeliling mereka.
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA
- Super User
- Berita Semasa







