Kem Bahasa Inggeris
- Super User
- Berita Semasa
Kem Bahasa Inggeris
Pejabat Pendidikan Daerah telah menganjurkan ‘The Euphoria Quest English In Camp 2023’ bertempat di Serambi Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Pelbagai aktiviti diadakan melibatkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar Kuala Terengganu.
Kemeriahan, kesungguhan dan bakat adik-adik telah terserlah disini. Tahniah.
Majlis Minum Petang Sidang Komander Askar Wataniah Siri 34/2023 di Muzium Negeri Terengganu.
- Super User
- Berita Semasa
Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Majlis Minum Petang Sidang Komander Askar Wataniah Siri 34/2023 di Muzium Negeri Terengganu.
Majlis diserikan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan juga dibawa melawat ke galeri Dapo Mok Kiter.
Terima kasih kerana menjadikan Muzium kami sebagai destinasi.
MASAK NASI DAGANG PULA KITA!!!
- Super User
- Berita Semasa
MASAK NASI DAGANG PULA KITA!!!
Ahhh tak rilek betul muzium, masak sokmo, mana tak naik berat badan. Tahun ni temanya GASTRONOMI jadi semuanya berkisar tentang makanan. Masak, hidang dan makan.?
Sabtu ini, 18 November, 10 pagi di Muzium Negeri Terengganu, kita belajar memasak bersama tukang masak nasi dagang kita iaitu Mohammad Mahyuddin.
Tak nak cakap banyak, tempat terhad, siapa cepat dia dapat, untuk keterangan lanjut, boleh ketik pautan yang diberikan.
https://wa.link/5wvx13
https://wa.link/5wvx13
https://wa.link/5wvx13
Gotong-royong anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Muzium (KSKM) dan kakitangan Kampung Budaya Terengganu
- Super User
- Berita Semasa
Gotong-royong anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Muzium (KSKM) dan kakitangan Kampung Budaya Terengganu telah diadakan pada pagi ini yang melibatkan semua ahlinya.
Kawasan yang terlibat adalah sekitar Muzium Pelayaran dan Perahu Besar Kemajuan. Kawasan yang suram kini telah terang dan bersih.
Untuk makluman juga, Kampung Budaya Terengganu kini DITUTUP sehingga 31 Disember 2023 bagi kerja-kerja baikpulih dan naiktaraf rumah-rumah tradisional dan kawasan sekitarnya. Semoga dalam makluman anda semua.
JUARA SINGGANG TERENGGANU
- Super User
- Berita Semasa
Alhamdulillah, program berlangsung dengan jayanya hari ini.
Ribuan pelawat yang hadir telah menggamatkan suasana ditambahkan lagi dengan gelagat peserta yang begitu ceria.
Tahniah kepada JUARA SINGGANG TERENGGANU iaitu Daerah Kuala Nerus yang menjadi johan, tempat kedua dimenangi oleh Daerah Marang manakala Daerah Hulu Terengganu merangkul tempat ketiga.
Tahung depang kita jumpa lagi!!!..Insyallah







