SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN DATO' HAJI MOHAMAD AZMI BIN MOHAMAD DAHAM
- Super User
- Berita Semasa
Seluruh warga Lembaga Muzium Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Semoga YB Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dilimpahi keberkatan dan kesejahteraan dalam setiap urusan.
Semoga YB Dato’ terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kecekalan dalam menerajui pentadbiran awam negeri serta memimpin Lembaga Muzium Negeri Terengganu dalam memperkasa pemeliharaan, pemuliharaan dan pemartabatan warisan sejarah serta khazanah budaya negeri Terengganu.
Sesungguhnya kepimpinan, iltizam dan dedikasi YB Dato’ menjadi inspirasi kepada seluruh warga perkhidmatan awam, khususnya dalam usaha memastikan warisan negeri terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.






