LAWATAN LEARNING EXCURSION KE UJANA TENAGA
- Super User
- Berita Semasa
Muzium Negeri Terengganu dengan sukacitanya menerima kunjungan 25 orang delegasi Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh Dr. Afiza binti Idris, Pengarah Bahagian Kementerian Ekonomi bagi program Learning Excursion ke Ujana Tenaga, Muzium Negeri Terengganu, anjuran PETRONAS.
Lawatan ini memberi pendedahan kepada delegasi mengenai sejarah, perkembangan serta peranan industri minyak dan gas dalam pembangunan sosioekonomi negara, di samping memperkukuh hubungan strategik antara PETRONAS, Kementerian Ekonomi dan Muzium Negeri Terengganu.
Muzium Negeri Terengganu mengalu-alukan kunjungan dan kerjasama strategik ini dalam usaha memperkasa perkongsian ilmu serta menjadikan muzium sebagai platform pembelajaran yang interaktif dan bermakna.






