KUNJUNGAN HORMAT MUZIUM NEGERI TERENGGANU KE KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
- Super User
- Berita Semasa
KUNJUNGAN HORMAT MUZIUM NEGERI TERENGGANU KE KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
PUTRAJAYA | 10 OGOS 2026 — Muzium Negeri Terengganu hari ini telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara dan telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Rombongan ini diketuai oleh YBrs. Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Haji Mohd Iskandar bin Muhammad Aziz bersama barisan pegawai MNT.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah En. Razaimi bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Pemuziuman), Jabatan Muzium Malaysia yang turut bersama dalam perbincangan berkaitan perkembangan dan hala tuju bidang pemuziuman.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama strategik di antara Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan Kementerian Perpaduan Negara serta Jabatan Muzium Malaysia, khususnya dalam bidang pemuziuman, pemeliharaan warisan dan pengukuhan peranan muzium sebagai institusi pendidikan serta medium perpaduan masyarakat.
Antara agenda utama pertemuan adalah pembentangan berkaitan perancangan dan kerja-kerja yang akan dilaksanakan pada masa akan datang, termasuk cadangan serta inisiatif yang berpotensi untuk dilaksanakan melalui kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan.
Sesi pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi idea serta membincangkan peluang kerjasama bagi memastikan agenda pemuziuman dan pemeliharaan warisan dapat terus diperkasa secara berterusan.
MNT berharap kunjungan ini dapat menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh, tersusun dan berimpak, sekali gus memperluas peranan muzium dalam mendukung agenda warisan, pendidikan, kebudayaan dan perpaduan negara.






