09-632 1200

Berita Semasa

𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Menghidupkan Warisan, Membina Kenangan
Pada 30-31 Ogos 2024, Muzium Negeri Terengganu telah menjadi saksi kepada malam yang luar biasa dalam Program Bermalam di Muzium 2024.
Seramai 84 peserta dari UNISZA, UITM, UKM dan pelajar sekolah menengah sekitar Terengganu telah menyemarakkan semangat Merdeka dengan pelbagai aktiviti yang mengujakan.
Dari permainan tradisional yang menggamit nostalgia hingga perjalanan santai dari Jeti Muzium menaiki Payang Water Taxi ke Drawbridge, setiap detik penuh keceriaan dan kenangan.
Para peserta turut menzahirkan kreativiti mereka melalui lukisan poster dan video pendek bertema patriotik, sambil meraikan ambang Merdeka dengan semangat berkobar-kobar dengan iringan lagu, sajak dan kiraan detik kemerdekaan.
Pengalaman unik menjelajah galeri dalam kegelapan berpandukan lampu suluh dan aktiviti senamrobik di awal pagi membangkitkan semangat mereka.
Fizikal mereka dicabar dengan jungle trekking dan demo ikhtiar hidup yang pasti meninggalkan momen indah, serta penjelajahan galeri yang penuh informasi.
Maklum balas dari para peserta sangat memberangsangkan, ramai yang menyatakan keterujaan dan tidak sabar untuk kembali menyertai program ini pada tahun hadapan.
Semangat mereka membuktikan bahawa program ini bukan sahaja berjaya, tetapi telah menyemarakkan jiwa patriotik dalam diri setiap peserta!
Ingin sertai?..Kita jumpa tahun hadapan!

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 23 Jun 2024 - 12.34 Tengahari
Hakcipta Terpelihara © 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search