Perasmian Pameran Alarm flora dan Fauna
- Super User
- Berita Semasa
PerasmianΒ Pameran telah berlangsung pada AhadΒ 12 march 2023 di Serambi MandalikaΒ danΒ dirasmikan oleh Isteri Menteri Besar Terengganu Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman diiringi oleh Pengarah Lembaga Muzium Tuan Haji Azmi Bin Ngah.Β
Β
Pengenalan
Seni Lukis mengungkap mengungkapkan suatu ekspresiΒ lokal yang menzahirkan keunikan dan kepelbagaian warna budaya tempatan merupakan satu visual yang mempersonakan. Pelukis menzahirkan citra dan jati diri lokal melalui subjek budaya, landskap dan monumen. Tema ini mengungkap rasa βkekitaanβ sebagaiΒ watan yang memiliki apresiasi terhadap tanah kelahiran. Terengganu memiliki subjek yang beraneka untuk digambarkan dalam seni lukis.
Alam menganugerahkan kita kepelbagaian keunikan dan keindahan yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Melalui alam manusia mampu merenungi dan membaca bahasa alam yang memberikan pengajaran yang bukan sedikit. Seniman mampu merakam bahasa alam ini akan dapat berkongsi dengan khalayak peminat seni samada melalui fotografi, lukisanΒ
Β
ALARM Β bukanlah satu perkataan kebiasaan bagi masyarakat tempatan ( Terengganu), namun jika ditanya pasti ramai yang tahu akan maksudnya iaitu membawa maksud loceng atau penggera. Namun tidak cukup dengan itu, perkataan Alarm diperhalusi dan ia membawa pelbagai makna dan kiasan. Sebalik diksi Β ini, ia membawa satu objektif halus tentang pameran ini. Sebutan bagi alarm bagi Iidah masyarakat tempatan Terengganu terutamanya sama seperti sebutan ALAM, iaitu kehidupan, ia mempunyai hayat dan nyawanya. Perkongsian antara tumbuh - tumbuhan (flora) dan hidupan haiwan (fauna) membawa kepada dua serangkai cerita dan objektif pameran, alam sebagai mesej kepada tujuan & persoalan mengapa pameran ini diadakan.
Β
Membawa mesej tentang 'perhatian' 'membangkitkan' kesedaran' tumpuan' tarikan' amaran' dan 'kesungguhan' perkataan alarm digunakan sebagai tajuk pameran ini. Daripada maksud maksud tersebut, ia digunakan sebagai kandungan (content) pada mesej karya - karya yang dihasilkan.Dalam pada itu, ianya merupakan hasrat dan bahasa pelukis melalui visual dalam membawa pameran ini kepada masyarakat untuk menikmati hasil seni melalui 65 karya daripada ahli Persatuan Pelukis Terengganu ( PeTERΒ )
Β
Β