Pameran Seni Lukis – Alarm: Flora & Fauna
- Super User
- Acara Terkini
ALARM : Flora & Fauna
18 Februari - 18 April 2023
Galeri Seni, Muzium Negeri Terengganu.
Pameran Seni Lukis – Alarm: Flora & Fauna yang merangkumi 60 karya pelukis dari Terengganu melalui Persatuan Pelukis Terengganu (PETER) dengan tema Alam –Flora dan Fauna tempatan pelbagai media dan saiz.
Alarm – Flora dan Fauna mengangkat tema alam dengan visual keunikan, kekayaan serta kepelbagaian makhluk ciptaan Tuhan yang menjadi sebahagian dari lingkungan alam sebagai satu khazanah warisan yang memerlukan kepada pemuliharaan bagi manfaat kepada seluruh kehidupan sejagat.
Keindahan landskap hutan rimba dengan kepelbagaian flora dan fauna menjadi subjek utama yang dirakam pelukis dan menzahirkan pada kanvas sebagai satu pengalaman seni yang luar biasa.
Dengan pameran yang disediakan sedikit sebanyak ‘pengalaman seni’ ini akan dikongsi bersama khalayak masyarakat sekaligus memperlihatkan kecaknaan terhadap pemeliharaan khazanah alam.