09-632 1200

Berita

Bicara Eksklusif Atas Talian

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 
Pada 17 Disember ini kami bawakan satu BICARA EKSKLUSIF ATAS TALIAN bersama-sama Prof D. Abdul Muati @ Zamri bin Ahmad.

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang terkenal dengan kehebatan dalam menghasilkan kesenian dan pertukangan tangan sejak dari zaman berzaman. Antara kesenian dan hasil pertukangan yang terkenal adalah penghasilan senjata bagi tujuan mempertahankan diri.
 
Pelbagai bentuk dan jenis senjata dihasilkan dan digunapakai oleh bangsa Melayu di seluruh Alam Melayu. Keris, Tumbuk Lada, Sundang, Kerambit, Lawi Ayam dan sewar merupakan antara senjata tradisional yang popular dikalangan bangsa Melayu.

Namun begitu, sesuai dengan kehebatan Melayu dalam penghasilan dan pertukangan senjata, maka senjata api seperti meriam, lela rentaka, pemuras, istinggar dan rentakol juga turut dihasilkan terutama pada zaman Kerajaan Melaka, Johor dan juga Patani.

Meriam Seri Patani merupakan antara bukti kehebatan orang Melayu dalam penghasilan senjata api yang ianya merupakan meriam terbesar di Alam Melayu dan kini dipamerkan di hadapan Pejabat Kementerian Pertahanan Thailand di Bangkok.

Jangan lupa perkongsian ilmiah yang bertajuk SENJATA ALAM MELAYU ini yang dibawa khas oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Saksikan secara langsung di Facebook kami iaitu Terengganu State Museum jam 10 pagi.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 23 Jun 2024 - 12.34 Tengahari
Hakcipta Terpelihara © 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search