09-632 1200

GaleriΒ Tekstil

Saksikan sendiri kecanggihan teknologi tradisional yang dihasilkan seperti Kain Songket, Batik danΒ sebagainya

GaleriΒ Tekstil

Saksikan sendiri kecanggihan teknologi tradisional yang dihasilkan seperti Kain Songket, Batik danΒ sebagainya

Galeri TekstilΒ yang merangkumi kawasan seluas 30 meter persegi ini memaparkan segala-galanya mengenai sejarah, proses penghasilan, perkembangan serta jenis busana yang hampir tidak dapat dilihat lagi sekarang.

Saksikan sendiri kecanggihan teknologi tradisional serta keindahan dan keunikan kain yang dihasilkan seperti Kain Songket, Tiga Karat, Mastuli, Samarinda, Limar, Gerus, Telepuk, Pelangi, Batik dan Cindai.

Corak yang menarik, warna yang menawan serta potongan yang unik pada busana yang dipamerkan pasti membayangkan kepada anda keindahan fesyen masyarakat dahulu.

Batik Tulis Tangan TerpanjangΒ yang berukuran 200 meter panjang dan 1.08 meter lebar ini telah mendapat pengiktirafan dunia dan telah dicatatkan dalam buku 'World Guiness of Record' turut dipamerkan di galeri ini.Β 

Ia berjaya disiapkan oleh 150 orang pelukis batik daripada seluruh Negeri Terengganu dalam masa kira-kira 3 jam, pada 23 Julai 1989, di Pantai Batu Buruk sempena Pesta Pantai Terengganu 1989. Kain ini dihiasi dengan pelbagai jenis motif dan ragam hias yang menarik.

Semuanya terdapat diΒ Galeri Tekstil.

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 23Β Jun 2024 - 12.34 Tengahari
Hakcipta Terpelihara Β© 2024. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search