Petronas merupakan syarikat petroliam utama yang menjalankan operasi pengeluaran petroliam dan gas di luar pantai Negeri Terengganu hari ini.Β Sebagai menghargai kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri dan Petronas sebuah galeri yang memaparkan aktiviti petroliam dan gas di wujudkan di Muzium Negeri Terengganu yang dinamakan Galeri Petroliam di mana keseluruhan perbelanjaannya ditanggung oleh pihak Petronas.
Galeri ini yang terletak di tingkat tiga Block C mempunyai segmen-segmen tertentu seperti asal-usul kejadian minyak mentah dan gas, contoh-contoh batuan di perut bumi yang digerudi, profil lapisan tanah dan batuan, model-model kilang yang berasaskan petroliam dan gas serta produk-produk akhir daripadanya.