Bermalam 2026 di Muzium Negeri Terengganu
- Super User
- Acara Terkini
Bermalam di Muzium @Negeri Terengganu 2026 | Sebuah Kenangan Yang Akan Dibawa Pulang
Dua hari satu malam, 91 peserta daripada 22 buah sekolah berkongsi pengalaman yang mungkin sukar dilupakan.
Mereka belajar, bermain, meneroka dan bermalam di Muzium Negeri Terengganu.
Daripada permainan tradisional, penerokaan galeri, perkongsian bersama kurator hinggalah pengisian kenegaraan bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), setiap aktiviti membawa cerita dan pengalaman tersendiri.
Lebih daripada sekadar sebuah program, Bermalam di Muzium 2026 menjadi ruang untuk mengenali sejarah, menghargai warisan, membina persahabatan dan mencipta kenangan bersama.
Semoga apabila pulang nanti, yang dibawa bukan hanya cenderamata dan gambar, tetapi juga ilmu, pengalaman dan rasa bangga terhadap warisan kita.
Terima kasih kepada semua peserta, urus setia, fasilitator, petugas, warga Muzium Negeri Terengganu serta AKM yang bersama-sama menjayakan program ini.
Kita jumpa tahun hadapan…






