Menerima kunjungan panel pra penilaian dari MOTAC untuk penilaian kualiti pelancongan.
Terima kasih atas kesudian tuan puan membantu kami untuk penilaian yang akan datang.
Hari kedua Karnival Masakan Rentas Negeri 2024, 3 orang tukang masak telah menunjukkan kehebatan seni masakan masing-masing.
Chef Rudi, Chef Nazrul dan juga Chef Zuki telah memasak pelbagai makanan yang menyelerakan dan pelawat dapat merasa air tangan mereka.
Esok, Chef Der ( Ariffin bin Minggu ) akan memasak dan pelawat akan dapat merasa masakan yang dimasak oleh beliau.
Esok hari terakhir, jangan lupa pelbagai masakan menanti anda semua. Jangan lupa.

Hebat-hebat si tukang masak yang masuk bertanding hari ini. Ternyata walau bukan tukang masak sepenuh masa, masakan mereka setanding dengan pakar.
Alhamdulillah selesai untuk hari pertama Karnival Masakan Rentas Negeri 2024. Masih berbaki 2 hari lagi untuk anda merasa kesedapan yang nyata berkaitan masakan tradisi kita.
Tahniah kepada para pemenang pertandingan masakan hari ini. Terima kasih juga kepada YB Hajah Zuraida bt Md Noor atas kesudian merasmikan program kami ini.
Jumpa esok, macam-macam yang menarik menanti anda tau.
KARNIVAL MASAKAN RENTAS NEGERI 2024
- Super User
- Berita Semasa
KARNIVAL MASAKAN RENTAS NEGERI 2024
Jom beramai-ramai ke Muzium Negeri Terengganu pada hari Sabtu hingga Isnin ini dan rasai kepelbagaian masakan antara negeri-negeri di Malaysia.
Program kali kedua ini adalah inisiatif Lembaga Muzium Negeri Terengganu dalam melestarikan masakan tradisional di Malaysia khususnya Terengganu.
Rasai keenakan masakan pelbagai ubi, kuih-muih tradisional dan banyak lagi yang pasti menyelerakan.
Temui juga tukang masak yang akan berkongsi resipi-resipi menarik. Jualan Rahmah juga ada tau.
Jadi, hadirkan diri bersama-sama keluarga sepanjang program ini berlangsung.