09-632 1200
webmaster@muzium.terengganu.gov.my

Berita Semasa

Previous Next

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Sekitar Festival Masakan Warisan Melaka 2023 yang berlangsung pada 21-23 Julai 2023 di Pekarangan Muzium Rakyat, Jalan Kota, Melaka.

Β 

Muzium Terengganu telah menghantar tim Chef de Museum seramai 10 orang yang mengetengahkan masakan tradisi Terengganu seperti Nasi Dagang dan Kerepok Lekor.

Β 

Muzium Terengganu juga nanti akan mengadakan satu festival makanan pada bulan Ogos ini dan tetamu undangan adalah salah seorang chef selebriti terkenal tanahair, siapa dia?.. Nantikan….

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

Menerima Kunjungan YM Tengku Ibrahim Putra bin Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Dato' Seri Abdul Aziz dan juga YBhg. Abdul Fatah bin Abdul Jalal.

YM Tengku dan Dato' dibawa melawat beberapa galeri seperti kraf,tekstil dan juga dibawa melawat Kampung Budaya Terengganu untuk mencuba santapan kuih tradisional iaitu loklit.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Tuan Hj Che Azmi bin Ngah di seluruh galeri.

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

PerasmianΒ  Pameran telah berlangsung pada AhadΒ  12 march 2023 di Serambi MandalikaΒ  danΒ  dirasmikan oleh Isteri Menteri Besar Terengganu Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman diiringi oleh Pengarah Lembaga Muzium Tuan Haji Azmi Bin Ngah.Β 

Β 

Pengenalan

Seni Lukis mengungkap mengungkapkan suatu ekspresiΒ  lokal yang menzahirkan keunikan dan kepelbagaian warna budaya tempatan merupakan satu visual yang mempersonakan. Pelukis menzahirkan citra dan jati diri lokal melalui subjek budaya, landskap dan monumen. Tema ini mengungkap rasa β€˜kekitaan’ sebagaiΒ  watan yang memiliki apresiasi terhadap tanah kelahiran. Terengganu memiliki subjek yang beraneka untuk digambarkan dalam seni lukis.

Alam menganugerahkan kita kepelbagaian keunikan dan keindahan yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Melalui alam manusia mampu merenungi dan membaca bahasa alam yang memberikan pengajaran yang bukan sedikit. Seniman mampu merakam bahasa alam ini akan dapat berkongsi dengan khalayak peminat seni samada melalui fotografi, lukisanΒ 

Β 

ALARM Β bukanlah satu perkataan kebiasaan bagi masyarakat tempatan ( Terengganu), namun jika ditanya pasti ramai yang tahu akan maksudnya iaitu membawa maksud loceng atau penggera. Namun tidak cukup dengan itu, perkataan Alarm diperhalusi dan ia membawa pelbagai makna dan kiasan. Sebalik diksi Β ini, ia membawa satu objektif halus tentang pameran ini. Sebutan bagi alarm bagi Iidah masyarakat tempatan Terengganu terutamanya sama seperti sebutan ALAM, iaitu kehidupan, ia mempunyai hayat dan nyawanya. Perkongsian antara tumbuh - tumbuhan (flora) dan hidupan haiwan (fauna) membawa kepada dua serangkai cerita dan objektif pameran, alam sebagai mesej kepada tujuan & persoalan mengapa pameran ini diadakan.

Β 

Membawa mesej tentang 'perhatian' 'membangkitkan' kesedaran' tumpuan' tarikan' amaran' dan 'kesungguhan' perkataan alarm digunakan sebagai tajuk pameran ini. Daripada maksud maksud tersebut, ia digunakan sebagai kandungan (content) pada mesej karya - karya yang dihasilkan.Dalam pada itu, ianya merupakan hasrat dan bahasa pelukis melalui visual dalam membawa pameran ini kepada masyarakat untuk menikmati hasil seni melalui 65 karya daripada ahli Persatuan Pelukis Terengganu ( PeTERΒ )

Β 

Β 

Kenali Artifak

Anak Kasa Tembaga Puteh
Anak Kasa Tembaga Puteh

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

All Rights Reserved Β© 2024. Terengganu State Museum.

Search