09-632 1200
webmaster@muzium.terengganu.gov.my

Berita Semasa

Previous Next

LAWATAN LEARNING EXCURSION KE UJANA TENAGA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Muzium Negeri Terengganu dengan sukacitanya menerima kunjungan 25 orang delegasi Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh Dr. Afiza binti  Idris, Pengarah Bahagian Kementerian Ekonomi bagi program Learning Excursion ke Ujana Tenaga, Muzium Negeri Terengganu, anjuran PETRONAS.

 

Lawatan ini memberi pendedahan kepada delegasi mengenai sejarah, perkembangan serta peranan industri minyak dan gas dalam pembangunan sosioekonomi negara, di samping memperkukuh hubungan strategik antara PETRONAS, Kementerian Ekonomi dan Muzium Negeri Terengganu.

 

Muzium Negeri Terengganu mengalu-alukan kunjungan dan kerjasama strategik ini dalam usaha memperkasa perkongsian ilmu serta menjadikan muzium sebagai platform pembelajaran yang interaktif dan bermakna.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

All Rights Reserved © 2026. Terengganu State Museum.

Search