09-632 1200
webmaster@muzium.terengganu.gov.my

Berita Semasa

Previous Next

Lawatan dari para pegawai Jabatan Muzium Malaysia

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 Lawatan dari para pegawai Jabatan Muzium Malaysia pada 21 Mac 2025 untuk perbincangan tapak perasmian program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) yang dijangka majlis perasmiannya pada bulan Jun 2025.

 

Muzium Negeri Terengganu menjadi tuan rumah untuk majlis perasmian IPIM dan pada tarikh perasmian tersebut dijangka 44 buah muzium seluruh Malaysia akan menjalankan IPIM secara serentak.

 

Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) merupakan program pendidikan hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Perpaduan Negara khususnya Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

 

Matlamat program ini adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dengan memberi pengalaman pembelajaran di institusi muzium.

 

Di samping itu, guru boleh menjadikan institusi muzium ini sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mantap dalam usaha peningkatan kemenjadian murid.

 

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

All Rights Reserved © 2025. Terengganu State Museum.

Search