PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MUZIUM PERMAINAN TRADISIONAL DI MESYUARAT SWC-SIM
- Super User
- Berita Semasa
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MUZIUM PERMAINAN TRADISIONAL DI MESYUARAT SWC-SIM
Pengarah Muzium Negeri Terengganu bersama beberapa orang pegawai telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengurusan Impak Sosial (SWC-SIM) yang berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel.
Pada mesyuarat tersebut, Muzium Negeri Terengganu telah membentangkan Kertas Kerja Cadangan Pemerkasaan dan Kelestarian Muzium Permainan Tradisional, yang menggariskan perancangan komprehensif dalam usaha memartabat, memelihara dan menghidupkan semula permainan tradisional sebagai warisan budaya tidak ketara negara.
Cadangan yang dibentangkan memberi fokus kepada pembangunan Muzium Permainan Tradisional sebagai sebuah pusat pembelajaran warisan yang lebih interaktif dan dinamik melalui pelaksanaan program pendidikan, penglibatan komuniti, penyelidikan, dokumentasi serta pendigitalan warisan.
Turut diketengahkan ialah cadangan pembangunan galeri interaktif, pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), pemerkasaan ekonomi komuniti serta inisiatif kelestarian alam sekitar bagi memastikan warisan permainan tradisional terus relevan dan lestari.
Pembentangan ini turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan korporat, NGO dan masyarakat dalam membentuk jaringan pintar warisan (Smart Cultural Partnership) yang mampu memperluaskan impak pemeliharaan dan penyebaran ilmu warisan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh agenda pemeliharaan warisan negeri melalui pendekatan yang inovatif, inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi pembangunan sosial dan budaya negara.






