09-632 1200
webmaster@muzium.terengganu.gov.my

Aktiviti

Bengkel Penyediaan Kotak Koleksi Perhiasan Diri

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Seramai 20 orang kakitangan Muzium Negeri Terengganu telah menyertai Bengkel Penyediaan Kotak Koleksi Perhiasan Diri yang bertempat di Bilik Telepok, Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Encik Awang Ku Mohd Fadli bin Awang Besar, Penolong Kurator Bahagian Pengurusan Koleksi dan Encik Mohamad Ruzi bin Sulaiman iaitu Pembantu Muzium Kanan Bahagian Pengurusan Koleksi daripada Jabatan Muzium Malaysia merupakan tenaga pengajar yang telah dilantik bagi mejayakan bengkel tersebut.
 
Bengkel ini adalah berteraskan teori dan juga praktikal berkenaan pembuatan kotak secara ‘custom-made’ untuk koleksi yang pelbagai terutamanya berkaitan perhiasan diri. Pembuatan kotak ini adalah bertujuan untuk melindungi koleksi daripada rosak atau berdebu.Antara koleksi yang dikeluarkan untuk dibuat kotak ‘custom-made’ adalah beg, caping, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang kaki.
 
Tahniah kepada barisan tenaga pengajar dan para peserta Bengkel Penyediaan Kotak Koleksi Perhiasan Diri.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

All Rights Reserved © 2024. Terengganu State Museum.

Search