UJANA TENAGA di Muzium Negeri Terengganu
- Super User
- Berita Semasa
UJANA TENAGA di Muzium Negeri Terengganu adalah sebuah galeri baru yang mengetengahkan perjalanan pembangunan industri tenaga negeri Terengganu bersama PETRONAS.
Ia sebagai simbol penghargaan terhadap peranan industri tenaga dalam memacu kemajuan negeri.
Ujana Tenaga dibangunkan pada tapak asal Galeri Petroleum yang pernah anda kunjungi dulu.
Galeri ini membawa pengunjung menyusuri sejarah, evolusi dan transformasi sektor tenaga negeri melalui pelbagai pengisian menarik yang merangkumi warisan industri, pembangunan ekonomi, inovasi teknologi, kelestarian alam sekitar serta impaknya terhadap masyarakat dan masa depan Terengganu.
UJANA TENAGA akan disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu pada 19 Mei 2026 dan anda boleh menjadi antara pengunjung terawal yang meneroka sendiri galeri ini.
Ayuh bersama meneroka kisah tenaga yang membentuk Terengganu dimana bermula dari kearifan silam yang menjadi aspirasi masa hadapan.






