Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Negeri Terengganu 2026 di Muzium Permainan Rakya
- Super User
- Berita Semasa
“Mok, ayoh… orang dulu main mende petang-petang?”
Jawapan itu ada di sini. ❤️
22 & 23 Mei 2026 nanti, bawalah anak-anak anda ke Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Negeri Terengganu 2026 di Muzium Permainan Rakyat, Dungun dan biarkan mereka lihat sendiri bagaimana meriahnya zaman kanak-kanak dahulu… zaman tanpa gajet, tetapi penuh gelak tawa, semangat dan permainan tradisi yang menghiburkan.
Anak-anak hari ini mungkin hanya kenal permainan di skrin, tetapi di sini mereka dapat merasai sendiri permainan yang pernah menjadi 'peluh rejak' mak ayah suatu ketika dahulu seperti congkak, bola beracun, sepak raga ratus, dam aji, selambut, bola tin dan banyak lagi!
Inilah peluang untuk cipta memori bersama keluarga sambil memperkenalkan warisan permainan tradisional kepada generasi baharu.
Bukan itu sahaja!
Sepanjang program berlangsung, lebih 70 vendor pelbagai makanan dan jualan menarik turut berada di lokasi untuk memeriahkan suasana. Dari makanan tradisional hinggalah makanan viral semasa, semuanya ada!
📍 Muzium Permainan Rakyat, Dungun
📅 22 & 23 Mei 2026
Jom ramai-ramai datang bersama keluarga dan sahabat.
Biar anak-anak kenal bahawa kegembiraan sebenar tidak semestinya datang dari gajet.






