09-632 1200

Berita Semasa

Previous Next

𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

 

Festival Adu Kolek merupakan kesinambungan kepada tradisi pesta air yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Terengganu, khususnya bersempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu.

 

Tradisi ini telah direkodkan sejak awal tahun 1950-an di Pengkalan Syahbandar, Kuala Terengganu dan berlangsung sehingga era 1980-an, menampilkan pelbagai acara air yang mencerminkan identiti serta warisan masyarakat setempat.

 

Sebagai usaha mengembalikan nostalgia tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu menganjurkan Festival Adu Kolek 2026, yang menjadi platform mengangkat kembali keunikan warisan ini dalam suasana lebih segar dan menyeluruh.

 

Lokasi: Kampung Jeram Hulu, Kuala Nerus

Tarikh: 12 – 13 Jun 2026

 

Festival ini akan menampilkan pertandingan utama Adu Kolek yang menghimpunkan penyertaan dalam kategori:

* Antara Daerah (Tertutup)

* Antara Kampung (Tertutup)

* Terbuka

 

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan dan menyertai pelbagai aktiviti sampingan yang menarik seperti:

* Tangkap Itik

* Pukul Bantal

* Gelek Drum

 

Kemuncak festival ini adalah perebutan Piala Raja Kolek, iaitu Piala YAB Menteri Besar Terengganu yang akan dipertandingkan antara para juara bagi setiap kategori kolek.

 

Pertandingan ini dijangka menjadi tumpuan utama dengan menampilkan persaingan sengit dan penuh semangat dalam kalangan pendayung terbaik.

 

Penganjuran festival ini bukan sahaja bertujuan menghidupkan kembali warisan pesta air, malah menjadi medium memperkukuh identiti budaya serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

 

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Festival Adu Kolek 2026 dan bersama-sama menghayati keunikan warisan yang terus dipelihara.

Kenali Artifak

Pasu Bertulis
Pasu Bertulis

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Maklumbalas Previous button | Polisi & Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Notis Perundangan

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Google Chrome atau Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1920x1080
Kemaskini terakhir : 27 Feb 2025 - 1.00 Petang
Hakcipta Terpelihara © 2026. Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Search